Jurnal Ekonomi Malaysia
59 (3) 2025 165 – 182
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 糖心原创, Bangi Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 糖心原创, Bangi Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 糖心原创, Bangi Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kompleksiti eksport dengan ketidaksamaan pendapatan berdasarkan destinasi perdagangan intra-APEC bagi 18 buah negara anggota Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) terpilih dengan menggunakan data terkini dari tahun 1996 hingga 2023. 聽Kajian ini menggunakan kaedah penganggaran data panel dinamik Sistem Kaedah Momen Teritlak (System Generalised Method of Moments) bagi menangani isu endogeniti dan kesan dinamik. Analisis mendapati bahawa arah aliran Indeks Kompleksiti Eksport berasaskan destinasi yang dibina, khusus kepada destinasi intra-APEC berbeza dengan Indeks Kompleksiti Ekonomi global yang sedia ada. Keputusan penganggar Sistem-GMM selari dengan dapatan terdahulu, iaitu kompleksiti eksport bagi perdagangan intra-APEC mempunyai hubungan yang signifikan dengan ketidaksamaan pendapatan bagi negara APEC terpilih. Keputusan ini turut mengenal pasti potensi kewujudan hubungan bukan linear antara Indeks Kompleksiti Eksport berasaskan destinasi dengan ketidaksamaan pendapatan yang menyokong hipotesis Kuznets. Kajian ini membina Indeks Kompleksiti Eksport berasaskan destinasi perdagangan intra-APEC bagi setiap negara anggota APEC dengan menggunakan data terperinci eksport dua hala dalam kalangan negara anggota APEC. Kajian ini turut menyediakan bukti empirikal hubungan dinamik antara Indeks Kompleksiti Eksport perdagangan intra-APEC dengan ukuran ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan negara anggota APEC. Keputusan kajian ini mencadangkan kepentingan untuk memperkukuh dasar agihan seiring dengan dasar perdagangan serantau bagi memastikan manfaat peningkatan kompleksiti perdagangan intra-APEC dapat dinikmati secara saksama oleh setiap golongan penduduk.
Keywords
Similar Articles
- Kesan FDI terhadap Kompleksiti Ekonomi bagi Negara-negara APEC: Kesan Pemangkin Pendigitalan dan Modal Manusia
- The Impact of The Regulatory Distance Index of Non-Tariff Measures on Agri-Food in Apec Countries
Bibliography
Export Bibliography
@article{jauhari2025hubungan,
title={Hubungan Dinamik antara Kompleksiti Eksport dengan Ketidaksamaan Pendapatan dalam Perdagangan Intra-APEC},
author={Jauhari, Azmafazilah and Mohd Salleh, Norlida Hanim and Shah Zaidi, Mohd Azlan and K V Zainuddin, Muhamad Rias},
journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
volume={59},
number={3},
pages={165—182},
}
Receive updates when new articles are published.

