Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2026: Pemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esok
31/03/2026
Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2026 dan memperingati Ulang Tahun ke-68 keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Meterologi Sedunia (WMO) hari ini berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Sambutan ini disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup. Tema sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2026, Pemantauan Hari Ini, Perlindungan Hari Esok (Observing Today, Protecting Tomorrow), menekankan kepentingan sistem pemantauan dan amaran awal sebagai asas perlindungan masa hadapan negara daripada risiko perubahan iklim dan kejadian cuaca ekstrem.
Pada majlis ini juga, turut dilancarkan inovasi Ramalan Kualiti Udara Terkini menerusi Sistem Model Air Quality Monitoring – Community Multiscale Air Quality (CMAQ). Sistem ini merupakan projek kerjasama strategik antara MET Malaysia dan Institut Perubahan Iklim (IPI) di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12). Inisiatif nasional ini bertujuan menganalisis sumber pencemaran udara dan fenomena jerebu secara lebih pantas serta tepat, di samping menyediakan amaran awal yang komprehensif. Hadir sama, Timbalan Menteri NRES, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh; Ketua Setiausaha NRES, Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainuddin; Naib Canselor ÌÇÐÄÔ´´, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh; Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip; Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi ÌÇÐÄÔ´´; Prof. Dr. Ismanizan Ismail; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan Pengarah IPI ÌÇÐÄÔ´´, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi.








































