Pusat IDEA ÌÇÐÄÔ´´ (IDEA) akan membuka permohonan Geran Translasi ÌÇÐÄÔ´´ (TR-ÌÇÐÄÔ´´) Tahun 2023 mulai 13 Februari 2023 (Isnin) sehingga 28 Mac 2023 (Selasa) yang akan dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) melalui pautan
Setiap permohonan perlu mematuhi garis panduan, kriteria permohonan, skop penyelidikan di samping penyelidikan bersifat translasi yang berkualiti. Garis Panduan yang terkini boleh dimuat turun melalui laman web IDEA http://www.ukm.my/ideaukm/muat-turun atau di SMPU. Skop penyelidikan adalah seperti berikut:
a) Cabaran Perdana Malaysia dalam Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE)
b) Melestarikan penyelidikan Bahasa Melayu sebagai asas identiti kebangsaan (sub tema : aspek bahasa/kebudayaan/kesusasteraan Melayu/Tamadun Melayu)
c) Memperkasakan Penyelidikan Pendidikan STEAM ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik)
d) Diaspora Melayu
e) Isu Perpaduan
f) Penyelesaian masalah komuniti melalui penyelidikan SULAM ( Service-Learning Malaysia University for Society)
Setiap permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat dan permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian di peringkat ÌÇÐÄÔ´´.
Pihak IDEA juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Geran Translasi ÌÇÐÄÔ´´ (TR-ÌÇÐÄÔ´´) secara dalam talian seperti pada ketetapan berikut:
Tarikh : 13 Februari 2023 (Isnin)
Masa : 2.30 petang (atur cara taklimat dilampirkan)
Pautan : Aplikasi Zoom Meeting
Meeting link :
Meeting ID : 988 0277 5469
Passcode : 99433
Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan pembukaan geran, poster taklimat permohonan, jadual kerja, garis panduan, senarai semak dan dokumen-dokumen berkaitan geran untuk makluman dan rujukan. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab, Cik Nurul Nadziffah di talian 03-89118266.
Salam hormat dan terima kasih.


