ÌÇÐÄÔ­´´

Fakulti Sains Kesihatan ÌÇÐÄÔ­´´

Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Peneraju Sains Kesihatan

SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA PENGIMEJAN DIAGNOSTIK DAN RADIOTERAPI DENGAN KEPUJIAN

SYARAT KEMASUKAN

Syarat Khusus Program

Calon Lepasan Matrikulasi KPM/ Asasi/ STPM/A-Level

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM /Asasi

»å²¹²ÔÌýÌý

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM / A Level / Matrikulasi KPM / Asasi dalam mata pelajaran berikut:
    • Biologi
    • Fizik / Kimia
    •  Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T) 

dan

  • Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran
    berikut:
    • Biologi
    • Fizik
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan  sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Calon Lepasan Diploma Setaraf

  • Mempunyai kelulusan Diploma Pengimejan Diagnostik/ Radiografi/ Pengimejan Perubatan/ Radioterapi yang setara daripada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu KKM atau kolej lain yang diiktiraf oleh Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50;

                                                             atau

  • Memiliki Diploma Sains / Sains Kesihatan / Diploma yang setara yang diiktiraf oleh Universiti dan Kerajaan Malaysia atau Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00;

dan

  • Calon dikehendaki mengemukakan transkrip akademik dari semester satu (1) hingga semester akhir;

dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang  bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh  permohonan ATAU Band 7 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Calon Lepasan STPM /Matrikulasi KPM/Asasi (BUKAN TAHUN SEMASA)/ASASI AMBILAN KOMERSIAL
UNIVERSITI AWAM

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.67 pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi / Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam;

                                                              dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM / Matrikulasi KPM / Asasi / Asasi Ambilan Komersial Universiti Awam dalam mata pelajaran berikut:
    • Ìýµþ¾±´Ç±ô´Ç²µ¾±
    • Fizik / Kimia
    • Matematik/ Matematik (M)/ Matematik (T)

                                                               dan

  • Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Fizik

                                                             dan

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 7 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU setara dengannya;

                                                     dan

  • Lulus ujian dan /atau temu duga yang ditetapkan oleh fakulti.

Calon Diploma International Baccalaureate (IB)

    • Mendapat skor minimum 30 dalam International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya skor 5 pada peringkat High Level (HL) untuk mata pelajaran berikut:
      • Biologi
      • Fizik
      • Matematik (HL)

    dan

    • Mendapat sekurang-kurangnya Band 3.0 dalam Malaysian University English Test (MUET) untuk peperiksaan yang bermula sesi 1 tahun 2021 ATAU Band 3 untuk peperiksaan sehingga tahun 2020 mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan ATAU Band 5.5 dalam IELTS ATAU skor iBT 46 dalam TOEFL ATAU Band 5 untuk peperiksaan Higher Education English Test (HEET) ATAU skor 4 dalam English A (IB)/ skor 5 dalam English B (IB) ATAU setara dengannya;

    dan

    • Lulus ujian/temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti