Muzium Anatomi terletak di tingkat 3 Bangunan Praklinikal, bersebelahan dengan perpustakaan pra-klinikal fakulti adalah sebahagian daripada muzium yang dikongsi bersama dengn Muzium Patologi. Muzium ini ditubuhkan sebagai salah satu usaha jabatan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran di samping memupuk pembelajaran kendiri. ÌýDi antara koleksi spesimen yang dipamerkan adalah koleksi plastinasi dan spesimen jar. Untuk memudahkan pembelajaran, spesimen dipamerkan mengikut sistem tubuh badan bermula dari sistem tubuh secara keseluruhan, tangan, kaki, sistem respiratori, sistem urinari, sistem endokrin, sistem reproduktif, sistem kardiovaskular, toraks, abdomen Ìýdan lain-lain. Sebahagian daripada spesimen jar juga diwarnakan dan dilabel untuk memudahkan pelajar untuk mengenal pasti bahagian terbabit.
Secara umumnya muzium ini digunakan oleh:
Pelajar Perubatan
Pelajar Pergigian
Pelajar Kejururawatan
Pelajar Fakulti Sains Kesihatan
Pelajar Pascasiswazah Anatomi
Pelajar Pascasiswazah Pergigian
Pelajar Pascasiswazah Surgeri
Pelajar Pascasiswazah Otorhinolaryngologi
Ìý
Lawatan akademik
Selain dari itu, muzium ini dibuka untuk tujuan lawatan akademik. Sila rujuk di bahagian Pakej Lawatan Muzium Anatomi .
Fakulti Sains Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia – ÌÇÐÄÔ´´
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LELA SEGARA,TERENGGANU
SINGAPORE POLYTECHNIC
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut,sila berhubung dengan pegawai yang bertugas.