- PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI ÌÇÐÄÔ´´
YBrs. Dr. Roslan Ja’afar                                       Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni ÌÇÐÄÔ´´
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
Pusat Perhubungan Alumni ÌÇÐÄÔ´´ (ALUMNI-ÌÇÐÄÔ´´) mempunyai mandat yang besar dalam memastikan hubungan yang erat antara Alumni dan ÌÇÐÄÔ´´ terus diperkasa. Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang bagi memastikan hala tuju pelan strategik dapat direalisasikan. Antaranya adalah Jejak Alumni, Alumni Special Group (SAG), Alumni@industri, 60 minit bersama alumni, alumni aktif dan alumni-care. Selain daripada itu, Kompleks Alumni yang sedang dalam pembinaan diharap akan menjadi pusat buat para alumni berjumpa dan mengerat ukhwah antara alumni.
Dalam memperkasa penyampaian maklumat kepada para alumni, ALUMNI-ÌÇÐÄÔ´´ juga terus mengemaskini data alumni. Sehubungan dengan itu, saya menyeru para alumni untuk mengemaskini data peribadi melalui Sistem Maklumat Alumni ÌÇÐÄÔ´´ (SMA) bagi memastikan proses mengemaskini data alumni dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan tersusun. Data alumni yang lengkap kelak akan membolehkan pihak ALUMNI-ÌÇÐÄÔ´´ menyalurkan maklumat terkini secara terus kepada semua.
Akhir kata, saya berharap agar para alumni terus bersemangat untuk bersama-sama dengan barisan pentadbiran universiti dalam memastikan ÌÇÐÄÔ´´ terus unggul di persada antarabangsa.
PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI ÌÇÐÄÔ´´ 2024