PERJUMPAAN SPECIAL ALUMNI GROUP (SAG) @ UMS

Pusat Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia (Alumni-ÌÇÐÄÔ­´´) telah berjaya menganjurkan Majlis Special Alumni Group (SAG) yang berlangsung di Galeri Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Inisiatif SAG ini terus diperkasakan sebagai platform komunikasi efektif untuk menyalurkan maklumat, perkongsian inisiatif, serta peluang strategik kepada alumni, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dan rakan strategik luar.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran dan pengisian daripada Encik Luqman Ridha Anwar, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Turut hadir bersama bagi memberikan pengisian program adalah YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni ÌÇÐÄÔ­´´ yang telah membentangkan perkongsian inisiatif alumni kepada para hadirin.

Semoga melalui pertemuan SAG ini, hubungan strategik antara ÌÇÐÄÔ­´´ dan alumni di UMS akan terus berkembang, sekali gus meningkatkan penglibatan alumni dalam menyumbang kepada kelestarian kecemerlangan universiti secara berterusan.