MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER RIBA KEPADA MAHASISWA

21-11-2024 (Jumaat)
Pengarah Pusat Perhubungan Alumni ÌÇÐÄÔ­´´ (ÌÇÐÄÔ­´´), YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, hadir merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba daripada Yayasan Taqwa – MAIWP kepada pelajar ÌÇÐÄÔ­´´ di Kompleks Alumni ÌÇÐÄÔ­´´.
Dalam Majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan-MAIWP, YBrs. Tuan Hj. Zabidi Bin Nasan telah menyerahkan replika cek bernilai RM 118,125 sebagai simbolik penyerahan sumbangan komputer riba kepada ÌÇÐÄÔ­´´. Sebanyak 35 komputer riba telah diagihkan kepada pelajar-pelajar asnaf di ÌÇÐÄÔ­´´.
Inisiatif komputer riba ini amat penting bagi memastikan pelajar kita tidak ketinggalan dalam arus pembelajaran digital, terutama dalam persekitaran yang kini banyak bergantung kepada teknologi.
Turut hadir di Majlis penyerahan ini YBrs. Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan) ALUMNI-ÌÇÐÄÔ­´´, YBrs. Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah ALUMNI-ÌÇÐÄÔ­´´ (Aktiviti dan Jaringan).
Semoga sumbangan komputer riba ini dapat membantu pelajar ÌÇÐÄÔ­´´ dalam sesi pembelajaran di masa hadapan.