KUNJUNGAN HORMAT KE PERSATUAN ALUMNI MAHASISWA/I SABAH
Delegasi Universiti Kebangsaan Malaysia (ÌÇÐÄÔ´´) yang diketuai oleh YBhg. Prof Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) ÌÇÐÄÔ´´ telah mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Mahasiswa/i Sabah ÌÇÐÄÔ´´ (PERMIS).
Turut mengiringi delegasi ialah YBrs. Dr. Roslan Ja’afar, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni ÌÇÐÄÔ´´; YBrs. Prof. Madya Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Timbalan Pengarah (Pemasaran dan Penjanaan); serta Ir. Dr. Norinah Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan).
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara pihak universiti dan Persatuan Alumni. Sepanjang pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk potensi jalinan kerjasama melalui penganjuran program bersama serta hebahan Penganjuran Program Alumni Balik Kampus 2026.
Selain itu, kedua-dua pihak turut berkongsi maklumat serta perkembangan aktiviti semasa dalam usaha memperkasa peranan dan meningkatkan keterlibatan alumni ÌÇÐÄÔ´´.
