BICARA KESIHATAN MENTAL: “KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DI TEMPAT KERJA”
Pusat Perhubungan Alumni ԭ telah menganjurkan program bertajuk “Bicara Kesihatan Mental: Kesejahteraan Psikologi di Tempat Kerja” pada 8 April 2026 (Rabu), jam 3.00 petang, yang disiarkan secara langsung di platform Zoom dan Facebook Live Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini menampilkan Prof. Madya Dr. Mahadir Ahmad (Pusat Pengurusan Siswazah 2001), Pensyarah Program Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Pusat Kajian Kesihatan Komuniti (REACH), Fakulti Sains Kesihatan sebagai panel jemputan yang telah berkongsi ilmu dan pencerahan mengenai kepentingan penjagaan emosi serta strategi mengekalkan kesejahteraan psikologi dalam persekitaran pekerjaan.
Sesi ini turut dikendalikan oleh moderator, Pn. Nurul Syasya Mohd Ridzwan Goh (FSK 2020), Pegawai Psikologi Klinikal, Pusat Kajian Penuaan Sihat & Kesejahteraan (H-CARE), Fakulti Sains Kesihatan yang memimpin perbincangan dengan teratur dan informatif.
Semoga segala perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan menyuntik kesedaran baharu untuk kita semua menguruskan tekanan di tempat kerja dengan lebih efektif serta membina persekitaran kerjaya yang lebih harmoni.
