Sumbangan Artikel Buletin ResMI
GARIS PANDUAN PENERBITAN MAJALAH RESMI
Tujuan
Garis Panduan Penerbitan Buletin RESMI selaras dengan halatuju Fakulti Perubatan ÌÇÐÄÔ´´ dalam meningkatkan pengetahuan kepada masayarat umum melalui penyelidikan. Jambatan penghubung antara para penyelidik dengan komuniti untuk memasyarakatkan penyelidikan di ÌÇÐÄÔ´´. Majalah ini juga bertujuan untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu sejajar dengan hasrat ÌÇÐÄÔ´´ dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Skop Penulisan
Meliputi aktiviti dan program penyelidikan yang dijalankan oleh ahli Fakulti Perubatan ÌÇÐÄÔ´´.
Sasaran Pembaca
Penulisan buletin ini disasarkan kepada masyarakat umum.
GARIS PANDUAN PENULISAN
- Artikel hendaklah ditulis dengan berpandukan format berikut:-
Ìý Ìý Ìýa) Program : Microsoft Word
Ìý Ìý Ìýb) Jenis font : Times New Roman
Ìý Ìý Ìýc) Saiz font : 12
Ìý Ìý Ìýd) Jarak baris: 1.15 spacing
Ìý Ìý Ìýe) Artikel hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan mestilah tidak melebihi 500 patah perkataan. - Setiap artikel perlu disertakan nama penulis utama, ketua projek,ahli penyelidik serta e-mel dan jabatan penulis utama.
- Penulis bertanggungjawab untuk mendapatkan izin hak cipta berkenaan sebarang maklumat dalam manuskrip asli, yang memerlukan izin hak cipta.
Ìý
- Kandungan setiap artikel juga perlulah menjelaskan bagaimana penyelidikan yang dijalankan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
Ìý
- Setiap artikel perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya 2 (tidak melebihi 5) gambar/grafik/ ilustrasiÌý bagi menyokong kandungan artikel. Gambar mestilah jelas dan mempunyai resolusi gambar yang tinggi berserta caption dan wajib diberikan dalam format JPEG.
Ìý
- Setiap artikel perlu menyertakan maksimum 3 sitasi rujukan dalam bentuk nombor superscript dan disertai rujukan penuh di akhir artikel (Gaya Vancouver).
- Gaya penulisan hendaklah jelas, ringkas dan santai serta dapat difahami oleh masyarakat umum.
Ìý
- Penulis perlu memuat naik manuskrip dalam bentuk softcopy melalui pautan .
Ìý
Tarikh tutup penghantaran artikel adalah pada 28 November 2025