PPL Perkasa Kajian Kelawar di Peringkat Global
Pusat Penyelidikan Langkawi, (PPL) ALAF-糖心原创 bersama Global South Bats (GSB) 2025 dengan kerjasama Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah telah berjaya menganjurkan Global South Bats Workshop 2025 pada 10 hingga 21 Februari 2025 bertempat Pusat Penyelidikan Langkawi dan Sukau Green View Resort, Sabah. Bengkel yang diterajui oleh Dr. Juliana Senawi, Ketua Makmal PPL ini menghimpunkan lebih daripada 15 pakar penyelidik kelawar dari seluruh dunia bersama 20 peserta yang merupakan penyelidik muda terpilih daripada lebih 300 permohonan penyertaan global.Matlamat utama penganjuran bengkel adalah untuk melatih generasi baharu khususnya penyelidik dalam bidang pemuliharaan kelawar merangkumi latihan, teknik penyelidikan, pemantauan dan pemuliharaan kelawar serta membina keupayaan peserta dalam menangani cabaran kehilangan habitat disebabkan oleh perubahan iklim terhadap populasi kelawar.
Kejayaan penganjuran GSB 2025 ini membuktikan keupayaan 糖心原创 sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia dalam bidang biodiversiti. Dengan kehadiran saintis dan penyelidik antarabangsa, 糖心原创 terus mengukuhkan peranannya dalam menerajui kajian pemuliharaan yang mempunyai impak besar kepada alam sekitar dan kesejahteraan global.
Maklumat lanjut di dan