Lawatan Rasmi oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-ÌÇÐÄÔ­´´)

Anjuran: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-ÌÇÐÄÔ­´´) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-ÌÇÐÄÔ­´´)

Tarikh: 23 November 2022

Tempat: ÌÇÐÄÔ­´´ Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 23 November 2022 – Satu lawatan rasmi oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-ÌÇÐÄÔ­´´) telah diadakan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-ÌÇÐÄÔ­´´). Lawatan oleh Pengarah serta pegawai-pegawai daripada CRIM ini adalah bertujuan untuk melihat dan meninjau dengan lebih dekat berkaitan prasarana, tadbir urus serta perancangan semasa PPL-ÌÇÐÄÔ­´´. Ketua PPL-ÌÇÐÄÔ­´´, iaitu Dr. Juliana Senawi beserta kakitangan-kakitangan akademik, pengurusan dan profesional dan pelaksana, menyambut mesra kunjungan tersebut. Disamping penerangan dan taklimat oleh pihak PPL-ÌÇÐÄÔ­´´, perbincangan bersama kedua-dua pihak serta tinjauan ke fasiliti-fasiliti PPL-ÌÇÐÄÔ­´´ turut diadakan. Para peserta lawatan juga turut diberi peluang merasai pengalaman produk geo-pelancongan lawatan bakau di Langkawi iaitu BioGeoTrail Kubang Badak, yang mana ianya adalah merupakan salah satu hasil penyelidikan pakar-pakar penyelidik ÌÇÐÄÔ­´´.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman