ÌÇÐÄÔ­´´

Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PENYERAHAN SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN OLEH PIHAK BERJAYA CKE ENTERPRISE SDN. BHD.

PUCHONG, 31 Disember - Ketua Pegawai Eksekutif BERJAYA CKE Enterprise Sdn. Bhd., Encik Kok Fai Chong telah turun padang ke Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kampung Muhibbah sempena penyerahan sumbangan berbentuk barangan yang bernilai RM 21,566.00 untuk peralatan Kelas Kek & Pastri yang bakal dibuka di PKPR PPR Kampung Muhibbah tidak lama lagi. Turut hadir pada majlis ini ialah Dr. Nasrudin Subhi, Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) bagi menyaksikan penyerahan peralatan dan menyatakan sokongan terhadap inisiatif ini. Antara peralatan yang telah disumbangkan ialah ketuhar bakeri, mesin pemeram doh, pengadun bakeri dan peti sejuk di mana peralatan ini akan dimanfaatkan oleh peserta-peserta kelas Kek & Pastri yang akan dibuka di PKPR Kg Muhibbah. Sumbangan peralatan ini dijangka dapat meningkatkan kualiti latihan, memperkukuh kemudahan pembelajaran serta membuka lebih banyak peluang kepada remaja untuk membina masa depan yang lebih berdaya saing.

Keseluruhan inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan latihan, tetapi juga memperkukuh aspirasi program PERMATA Remaja dalam membina generasi muda yang berkemahiran. Pihak PERKASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BERJAYA CKE Enterprise Sdn. Bhd. atas kepercayaan serta sokongan dalam menjayakan inisiatif pemerkasaan remaja di komuniti setempat melalui sumbangan ini.