Pusat Pemerkasaan Remaja /perkasa/ms Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 17 Apr 2026 10:01:48 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 TAJAAN PEMBINAAN KAUNTER PELANGGAN DAN KABINET PUSAT KOMUNITI PERMATA REMAJA PPR KG MUHIBBAH OLEH INTECH KITCHEN SDN BHD /perkasa/ms/tajaan-pembinaan-kaunter-pelanggan-dan-kabinet-pusat-komuniti-permata-remaja-ppr-kgmuhibbah/ /perkasa/ms/tajaan-pembinaan-kaunter-pelanggan-dan-kabinet-pusat-komuniti-permata-remaja-ppr-kgmuhibbah/#respond Fri, 17 Apr 2026 09:44:59 +0000 /perkasa/?p=7275

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

TAJAAN PEMBINAAN KAUNTER PELANGGAN DAN KABINET PUSAT KOMUNITI PERMATA REMAJA PPR KG MUHIBBAH OLEH INTECH KITCHEN SDN BHD

PUCHONG, 1 April 2026 – PERMATA Remaja sangat berbesar hati kerana telah menerima tajaan daripada syarikat Intech Kitchen Sdn Bhd yang telah menaja reka bentuk dan pembinaan kaunter pelanggan serta rak kabinet di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kg Muhibbah yang baharu. Tajaan bernilai RM11,003.00, merupakan sebuah kaunter pelanggan dan rak kabinet yang telah direka sendiri oleh syarikat Intech Kitchen Sdn Bhd. Kerja-kerja pembinaan telah bermula daripada lawatan tapak projek, pengukuran ruang dan kerja pertukangan yang mengambil tempoh masa tiga hari untuk disiapkan. Sebagai tanda penghargaan atas tajaan ini, Dr Nasrudin Subhi Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja telah menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada En Jeff selaku CEO Intech Kitchen Sdn Bhd.

PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat Intech Kitchen Sdn Bhd yang telah menaja kemudahan di Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kg Muhibbah yang baharu ini. Semoga dengan tajaan dan kerjasama ini dapat meningkatkan dan memajukan lagi syarikat Intech Kitchen Sdn Bhd dalam industri pertukangan dan pembinaan pada masa akan datang.

]]>
/perkasa/ms/tajaan-pembinaan-kaunter-pelanggan-dan-kabinet-pusat-komuniti-permata-remaja-ppr-kgmuhibbah/feed/ 0
PAMERAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KPM /perkasa/ms/pameran-majlis-perhimpunan-bulanan-kpm/ /perkasa/ms/pameran-majlis-perhimpunan-bulanan-kpm/#respond Fri, 06 Mar 2026 07:51:46 +0000 /perkasa/?p=7247

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PAMERAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KPM

PUTRAJAYA, 26 FEBRUARI 2026 – PERMATA Remaja bersama Bahagian PERMATA KPM telah menganjurkan satu pameran terbuka sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Malaysia yang berlangsung di perkarangan Auditorium Kompleks E, Presint 1 Putrajaya. Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan ini telah bermula dengan sesi doa dan Tazkirah Ramadan daripada Al-Fadhil Ustaz Salehudin, Pegawai Bahagian Pendidikan Agama Islam, KPM kemudian telah disempurnakan dengan penyampaian amanat daripada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia. Setelah selesai majlis, YB Fadhlina Sidek bersama dif-dif kehormat yang lain telah turun ke perkarangan auditorium dan melawat semua reruai daripada Bahagian PERMATA yang terdiri daripada PERMATA Remaja, PERMATA Pintar, PERMATA Insan, PERMATA Kurnia, PERMATA Seni dan PERMATA Negara.

Majlis yang berlangsung selama setengah hari ini turut dilawati oleh kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia yang hadir ke dalam majlis. Antara aktiviti yang berlangsung dalam pameran ini ialah sesi penerangan program PERMATA Remaja, jualan biskut raya TEENTouch dan Photobooth oleh Kelas Fotografi PERMATA Remaja. Semasa di reruai PERMATA Remaja, YBrs. Dr Nasrudin Subhi, Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja, ԭ telah menyampaikan cenderahati berupa mini hamper TEENTouch kepada YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan turut bergambar di ruang photobooth bersama barisan VIP yang lain.

PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pameran ini. Semoga dengan penganjuran pameran ini dapat meningkatkan keterlihatan program lantas menaikkan lagi jenama PERMATA Remaja di peringkat kebangsaan.

]]>
/perkasa/ms/pameran-majlis-perhimpunan-bulanan-kpm/feed/ 0
KEM KEPIMPINAN PERMATA REMAJA 2026 (LEAD-X REMAJA) /perkasa/ms/kem-kepimpinan-permata-remaja-2025-lead-x-remaja/ /perkasa/ms/kem-kepimpinan-permata-remaja-2025-lead-x-remaja/#respond Tue, 10 Feb 2026 11:16:24 +0000 /perkasa/?p=7193

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

KEM KEPIMPINAN PERMATA REMAJA (KEM X-LEAD)

SHAH ALAM, 8 Februari 2026 – Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dengan kerjasama pelajar Sarjana Kaunseling Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (ԭ) telah menganjurkan Kem Kepimpinan PERMATA Remaja 2026 (LEAD-X Remaja) pada 6 hingga 8 Februari 2026 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor. Program ini bertujuan membentuk kepimpinan remaja secara holistik merangkumi aspek sahsiah, spiritual, sosial dan tanggungjawab kemasyarakatan. Sepanjang tiga hari penganjuran, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian berimpak tinggi yang berteraskan pembelajaran berasaskan pengalaman. Program dimulakan dengan Slot Moral oleh Dr. Mohd Syazwan Zainal yang menekankan kepentingan nilai moral, etika dan integriti dalam pembentukan jati diri pemimpin muda. Pengisian diteruskan dengan Slot Self Focus dan Relationship Focus yang memberi penekanan kepada pembangunan potensi diri, pengurusan emosi serta kemahiran komunikasi dan hubungan interpersonal. Aktiviti Survival Cooking dan Telematch turut dilaksanakan bagi memupuk kemahiran kepimpinan praktikal, kerjasama berpasukan serta daya tahan fizikal dan mental dalam kalangan peserta. Seterusnya, Slot Community Focus memberi pendedahan kepada peranan remaja sebagai agen perubahan dalam komuniti dan kepentingan kepimpinan berasaskan khidmat masyarakat6

Aspek pembentukan sahsiah diperkukuh melalui Slot Moral oleh Dr. Abu Dardaa Mohamad, manakala Slot Spiritual Focus memberi penekanan kepada keseimbangan rohani sebagai asas kekuatan dalaman seorang pemimpin. Program ini diakhiri dengan Slot Social Justice Focus yang meningkatkan kesedaran peserta terhadap isu sosial, kesaksamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat. Secara keseluruhannya, Kem Kepimpinan PERMATA Remaja 2025 (LEAD-X Remaja) berjaya mencapai objektif dalam melahirkan remaja yang berkeyakinan, berakhlak mulia serta mempunyai kesedaran sosial yang tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.

]]>
/perkasa/ms/kem-kepimpinan-permata-remaja-2025-lead-x-remaja/feed/ 0
BENGKEL GENDERASI MUDA /perkasa/ms/program-bengkel-genderasi-muda/ /perkasa/ms/program-bengkel-genderasi-muda/#respond Wed, 14 Jan 2026 08:40:38 +0000 /perkasa/?p=7164

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

BENGKEL GENDERASI MUDA

KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2025 – Satu bengkel Genderasi Muda anjuran Pejabat Ahli Parlimen Seputeh dan Majlis Perwakilan Penduduk Seputeh dengan kerjasama PERMATA Remaja telah berlangsung dengan jayanya di Blok A, PPR Kg Muhibbah. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman gender kepada golongan remaja seperti hak autonomi tubuh wanita dan juga isu-isu keganasan berasaskan gender. Bengkel yang berlangsung selama tiga jam ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang peserta PERMATA Remaja yang terdiri daripada empat orang peserta lelaki dan 11 orang peserta perempuan. Antara aktiviti yang berlangsung dalam bengkel ini ialah sesi penyampaian informasi, latihan dan advokasi memberi respon terhadap isu gender dan juga ruang perkongsian selamat.

PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga dengan penganjuran program ini dapat membina sebuah masyarakat yang harmoni, selamat dan sejahtera khususnya komuniti di PPR Kg Muhibbah.

]]>
/perkasa/ms/program-bengkel-genderasi-muda/feed/ 0
PROGRAM A.C.T.I.V.E (SIRI 3) /perkasa/ms/program-a-c-t-i-v-e-siri-3/ /perkasa/ms/program-a-c-t-i-v-e-siri-3/#respond Thu, 08 Jan 2026 01:24:16 +0000 /perkasa/?p=7121

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PROGRAM A.C.T.I.V.E (SIRI 3)

PANTAI DALAM, 7 Januari – Sesi ketiga program A.C.T.I.V.E (Active Choices Towards Values & Health) telah berlangsung pada 7 Januari 2026 dengan tema “Teens Talk”. Pengisian aktiviti berfokus kepada kesedaran kesihatan mental dalam kalangan remaja dengan melibatkan aktiviti dalam kumpulan, pembelajaran emosi dan strategi komunikasi berkesan dengan mempelajari bagaimana mengekspresi emosi dalam persekitaran yang selamat dan terkawal, perkongsian bersama pempengaruh dan sesi refleksi.

Program A.C.T.I.V.E. siri ketiga merupakan inisiatif kolaboratif yang dijayakan bersama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM sebagai rakan kolaborasi utama. Program ACTIVE ini juga adalah sebagai sebahagian daripada latihan Felo Klinikal ‘Adolescent Health in Primary Care’ oleh Dr Hayatul Najaa Miptah dari UiTM di bawah penyeliaan Prof Madya Dr Noor Azimah Muhammad, Fakulti Perubatan ԭ. Program ini turut dijayakan oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Primer HCTM dan Pegawai Perubatan Siswazah (Alumni UiTM) sebagai fasilitator. Peserta diberikan pendedahan kepada pengurusan emosi dan diberikan kemahiran mengendalikan emosi dan kesihatan mental secara bijak. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada mereka untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta dapat juga dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

]]>
/perkasa/ms/program-a-c-t-i-v-e-siri-3/feed/ 0
PENYERAHAN SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN OLEH PIHAK BERJAYA CKE ENTERPRISE SDN. BHD. /perkasa/ms/penyerahan-sumbangan-berbentuk-barangan-oleh-pihak-berjaya-cke-enterprise-sdn-bhd/ /perkasa/ms/penyerahan-sumbangan-berbentuk-barangan-oleh-pihak-berjaya-cke-enterprise-sdn-bhd/#respond Wed, 31 Dec 2025 04:35:20 +0000 /perkasa/?p=7095

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PENYERAHAN SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN OLEH PIHAK BERJAYA CKE ENTERPRISE SDN. BHD.

PUCHONG, 31 Disember - Ketua Pegawai Eksekutif BERJAYA CKE Enterprise Sdn. Bhd., Encik Kok Fai Chong telah turun padang ke Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Kampung Muhibbah sempena penyerahan sumbangan berbentuk barangan yang bernilai RM 21,566.00 untuk peralatan Kelas Kek & Pastri yang bakal dibuka di PKPR PPR Kampung Muhibbah tidak lama lagi. Turut hadir pada majlis ini ialah Dr. Nasrudin Subhi, Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) bagi menyaksikan penyerahan peralatan dan menyatakan sokongan terhadap inisiatif ini. Antara peralatan yang telah disumbangkan ialah ketuhar bakeri, mesin pemeram doh, pengadun bakeri dan peti sejuk di mana peralatan ini akan dimanfaatkan oleh peserta-peserta kelas Kek & Pastri yang akan dibuka di PKPR Kg Muhibbah. Sumbangan peralatan ini dijangka dapat meningkatkan kualiti latihan, memperkukuh kemudahan pembelajaran serta membuka lebih banyak peluang kepada remaja untuk membina masa depan yang lebih berdaya saing.

Keseluruhan inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan latihan, tetapi juga memperkukuh aspirasi program PERMATA Remaja dalam membina generasi muda yang berkemahiran. Pihak PERKASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BERJAYA CKE Enterprise Sdn. Bhd. atas kepercayaan serta sokongan dalam menjayakan inisiatif pemerkasaan remaja di komuniti setempat melalui sumbangan ini.

]]>
/perkasa/ms/penyerahan-sumbangan-berbentuk-barangan-oleh-pihak-berjaya-cke-enterprise-sdn-bhd/feed/ 0
PROGRAM SUNATHON @ KG. MUHIBBAH /perkasa/ms/program-sunathon-kg-muhibbah/ /perkasa/ms/program-sunathon-kg-muhibbah/#respond Mon, 29 Dec 2025 01:42:48 +0000 /perkasa/?p=7079

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PROGRAM SUNATHON @ KG. MUHIBBAH

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2025 – Bersempena cuti sekolah akhir tahun 2025, satu program komuniti iaitu Program Sunathon @ Kg. Muhibbah telah berjaya dilaksanakan bersama penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg. Muhibbah, Kuala Lumpur. Program ini merupakan kolaborasi beberapa agensi antaranya PERMATA Remaja, Pusat CITRA ԭ, ԭ Bikers, Pusat Kesihatan ԭ, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz ԭ serta pihak Surau Nur Asy-Syakirin PPR Kg Muhibbah. Pendaftaran program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini melibatkan seramai 40 orang kanak- kanak berusia antara lima tahun hingga 12 tahun yang merupakan komuniti di PPR Kg Muhibbah. Program dimulakan dengan perarakan peserta diiringi paluan kompang dan dituruti dengan siraman air bomba daripada Jabatan Bomba & Penyelamat Balai Bukit Jalil kepada peserta-peserta yang terlibat.

Seterusnya, program diteruskan dengan majlis perasmian dan ucapan daripada YBhg.Tuan Hj Mat Nayan Ramli, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seputeh merangkap Pengerusi Penasihat GIATMARA Parlimen Seputeh dan juga penyerahan duit sumbangan kepada peserta-peserta yang terlibat. Selain itu, sumbangan daripada PERMATA Remaja yang berupa goodie bag dan kain pelikat turut diberikan kepada peserta yang terlibat sebelum program berlangsung. Terdapat juga beberapa reruai yang telah dibuka semasa program antaranya reruai pemeriksaan kesihatan bersama Pusat Kesihatan ԭ, pameran daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) dan juga reruai PERMATA Remaja. Kehadiran kanak-kanak dan komuniti setempat turut menambah kemeriahan apabila Wayang Pacak ditayangkan semasa program.

PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Sunathon @ Kg. Muhibbah 2025. Semoga dengan penganjuran program ini dapat membina sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu khususnya komuniti di PPR Kg Muhibbah dan sekitarnya.

]]>
/perkasa/ms/program-sunathon-kg-muhibbah/feed/ 0
LAWATAN RASA KELAS KEK & PASTRI /perkasa/ms/lawatan-rasa-kelas-kek-pastri/ /perkasa/ms/lawatan-rasa-kelas-kek-pastri/#respond Fri, 26 Dec 2025 02:36:09 +0000 /perkasa/?p=7059

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

LAWATAN RASA KELAS KEK & PASTRI

CYBERJAYA, 23 Disember - Lawatan Rasa Kelas Kek & Pastri program PERMATA Remaja merupakan satu program yang dilaksanakan di bawah kajian Geran Penyelidikan SK-2025-047 bertajuk Kajian Keberkesanan Program Integrasi Gaya dan Rasa dalam Kelas Kecantikan dan Kek & Pastri untuk Program PERMATA Remaja. Lawatan ini dianjurkan sebagai salah satu komponen silibus pembelajaran dengan tujuan memperluas pengetahuan peserta mengenai industri kek dan pastri, selain memberi pendedahan menyeluruh berkaitan dunia kulinari dan keusahawanan makanan. Melalui lawatan ini, peserta berpeluang memahami proses pengeluaran makanan secara praktikal serta menghubungkan teori kulinari, pemasaran dan keusahawanan dengan pelaksanaan sebenar dalam industri.

Selain itu, program ini turut memberi inspirasi kepada peserta melalui perkongsian kisah kejayaan usahawan tempatan, antaranya Azack Pizza, dalam membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Peserta juga didedahkan kepada piawaian serta keperluan industri Halal melalui lawatan ke Beryl’s Chocolate Shop & Museum serta Farm Fresh UPM, Serdang, sekali gus memperkukuh kefahaman tentang aspek keselamatan, kualiti dan pematuhan standard makanan.

Program lawatan ini telah dilaksanakan mengikut dua sesi melibatkan peserta daripada Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Seri Pantai pada 22 Disember dan PA Desa Rejang pada 23 Disember dengan jumlah keseluruhan hampir 80 orang. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif pembelajaran yang dirancang serta memberi pengalaman bermakna kepada peserta dalam memahami realiti industri kek dan pastri. Diharapkan lawatan seumpama ini dapat diteruskan sebagai medium pembelajaran berimpak tinggi dan pemangkin kepada minat serta kecenderungan peserta dalam bidang kulinari dan keusahawanan makanan.

]]>
/perkasa/ms/lawatan-rasa-kelas-kek-pastri/feed/ 0
PERTANDINGAN MINI SPA SHOWCASE /perkasa/ms/pertandingan-mini-spa-showcase/ /perkasa/ms/pertandingan-mini-spa-showcase/#respond Fri, 26 Dec 2025 02:18:31 +0000 /perkasa/?p=7038

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PERTANDINGAN MINI SPA SHOWCASE PERMATA REMAJA

KUALA LUMPUR, 26 Disember - Pertandingan Mini Spa Showcase berjaya dianjurkan sewaktu Bengkel Gaya Kelas Kecantikan berlangsung. Pertandingan ini merupakan platform pendedahan dan penilaian kemahiran praktikal para peserta dalam bidang kecantikan dan spa. Ini selaraskan dengan objektif pertandingan iaitu membentuk remaja berkemahiran, berkeyakinan dan profesional.

Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki menyediakan konsep mini spa berdasarkan tugasan yang diperoleh melalui sesi cabutan. Setiap kumpulan diberikan tempoh 15 minit perbincangan bagi merancang konsep, susun atur serta pembahagian tugas sebelum sesi demonstrasi dijalankan. Tempoh demonstrasi dan penilaian oleh panel juri berlangsung antara 45 minit hingga 1 jam bagi setiap kumpulan. Penilaian dibuat berdasarkan beberapa aspek utama termasuk kemahiran teknikal rawatan spa, kebersihan peralatan, komunikasi dan layanan pelanggan, pengurusan masa serta kerja berpasukan. Sebarang bentuk bantuan luar, termasuk daripada jurulatih atau pensyarah semasa sesi penilaian berlangsung, adalah tidak dibenarkan bagi memastikan ketelusan pertandingan.

Secara keseluruhannya, penganjuran Mini Spa Showcase PERMATA Remaja bukan sahaja menguji kemahiran peserta, malah berjaya meningkatkan keyakinan diri, disiplin serta tahap kesediaan mereka untuk menceburi bidang kecantikan dan spa secara profesional. Program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai platform pembangunan bakat dan pengalaman pembelajaran berimpak tinggi kepada para peserta.

]]>
/perkasa/ms/pertandingan-mini-spa-showcase/feed/ 0
BENGKEL GAYA KELAS KECANTIKAN /perkasa/ms/bengkel-gaya-kelas-kecantikan/ /perkasa/ms/bengkel-gaya-kelas-kecantikan/#respond Fri, 26 Dec 2025 01:45:16 +0000 /perkasa/?p=7001

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

BENGKEL GAYA KELAS KECANTIKAN

KUALA LUMPUR, 22 Disember - Program Bengkel Gaya Kelas Kecantikan telah berjaya dilaksanakan pada 19 hingga 20 Disember 2025 bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur dan telah disertai oleh semua peserta aktif kelas kecantikan Program PERMATA Remaja. Program yang dilaksanakan dengan sokongan dana di bawah geran penyeldikan yang diketuai oleh Dr. Noremy Md. Akhir. Pada hari pertama, para peserta telah bertolak dari pusat komuniti masing-masing dengan menaiki bas yang disediakan. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas pada sebelah petang. Pada sebelah malam, peserta telah menyertai sesi ice breaking yang dikendalikan oleh Encik Mohamad Hasbullah Mustafa menggunakan kaedah kad aktiviti. Slot ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, keyakinan diri dan kreativiti peserta dalam menghadapi situasi yang dihadapi berdasarkan kad aktiviti yang diperoleh.

Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi sebelum peserta mengikuti beberapa sesi pembelajaran dan latihan praktikal berkaitan bidang kecantikan. Antara sesi yang dijalankan ialah Rawatan Muka & Spa Asas, Kelas Solekan (Makeup Class), Refleksologi, serta Rawatan Kuku (Manicure & Pedicure). Selain itu, satu sesi khas berkaitan Penjagaan Kesihatan Wanita telah dijalankan dengan kerjasama Healthcom bagi meningkatkan kesedaran peserta terhadap aspek kebersihan diri.

Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk membuat perbincangan dan persediaan sesi showcase keesokan hari, sekali gus mengasah kemahiran komunikasi, persembahan dan profesionalisme. Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan pendedahan yang komprehensif kepada peserta Kelas Kecantikan PERMATA Remaja, selaras dengan objektif pembangunan kemahiran, sahsiah dan keyakinan diri remaja.

]]>
/perkasa/ms/bengkel-gaya-kelas-kecantikan/feed/ 0