Penyelidikan | 糖心原创 News Portal /news 糖心原创 News Portal Tue, 14 Mar 2023 07:26:26 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Makmal ALAF-糖心原创 tawar pelbagai perkhidmatan edu-pelancongan kepada masyarakat /news/Latest_News/makmal-alaf-ukm-tawar-pelbagai-perkhidmatan-edu-pelancongan-kepada-masyarakat/ Tue, 14 Mar 2023 07:26:26 +0000 /news/?post_type=news&p=24268 Oleh Asmahanim Amir Foto Izwan Azman PEKAN, 13 Mac 2023 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal, Universiti Kebangsaan MalaysiaBaca Selanjutnya

The post Makmal ALAF-糖心原创 tawar pelbagai perkhidmatan edu-pelancongan kepada masyarakat first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

PEKAN, 13 Mac 2023 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (ALAF-糖心原创) bakal menjadi pusat edu-pelancongan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat selain menjadi pusat penyelidikan dan pembelajaran.

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata pewujudan ALAM-糖心原创 itu adalah sejajar dengan hasrat 糖心原创 yang memfokuskan kepada penyelidikan bersifat komprehensif, dan pada masa yang sama memasyarakatkan kemudahan yang ada untuk manfaat masyarakat dan negara.

鈥淒engan empat lokasi utama makmal alami 糖心原创 iaitu di Timur, Selatan, Utara dan Tengah semenanjung Malaysia, ia dilihat mempunyai peluang yang besar untuk menjadi hub kepada pembangunan masyarakat setempat bukan sahaja dalam bidang penyelidikan flora dan fauna, malah edu-pelancongan, penghasilan pelbagai modul ilmiah dan penarafan makmal alami ke status antarabangsa seperti di bawah UNESCO dan sebagainya,鈥 katanya.

ALAF-糖心原创聽 merupakan hasil penstrukturan semula tadbir urus empat buah makmal alami iaitu Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) beserta聽 dua buah makmal fizikal iaitu Makmal Instrumentasi Berpusat 糖心原创 (i-CRIM) dan Makmal Bioserasi yang bertempat di 糖心原创, Bangi. Kesemua makmal sebelum ini adalah di bawah tanggungjawab Pusat Tanggungjawab yang berbeza di 糖心原创.

Selain dari menyediakan fasiliti sokongan penyelidikan, makmal-makmal alami ALAF-糖心原创 turut menawarkan beberapa pakej edu-pelancongan seperti Forest Experience, Indigenous Explore, Tasik Chini Boat Tour, Night Walking, Bird Watching, Program Pengukuhan Pasukan dan Eksplorasi Sains. Selain itu, kursus pemandu pelancong juga ditawarkan di PPL sebagai satu usaha menaikkan pendapatan masyarakat setempat di Langkawi.

Mohd Ekhwan berkata dengan pelancaran ALAF-糖心原创 ini, ia akan dapat membantu dalam mewujudkan ekosistem berpusat penyelidikan berteraskan perkhidmatan yang bersifat glokal.

鈥淜ejayaan dan sumbangan besar setiap entiti di bawah ALAF-糖心原创 terhadap pembangunan masyarakat dan negara juga diharap dapat diwar-warkan dengan lebih meluas kepada semua pemegang taruh seperti kerajaan, komuniti, industri, badan bukan kerajaan dan agensi antarabangsa.

鈥淪emoga penubuhan ALAF-糖心原创 dapat dijadikan sebagai contoh kepada institusi pendidikan tinggi yang lain dalam memberikan perkhidmatan berteraskan penyelidikan yang bermanfaat kepada masyarakat, industri dan negara,鈥 ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Pusat Pengurusan Makmal Alami Dan Fizikal 糖心原创 (ALAF-糖心原创), di sini.

Katanya perkhidmatan makmal fizikal pula seperti i-CRIM dan Makmal Bioserasi telah berjaya menyokong dasar kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan mempunyai daya pasaran yang tinggi untuk dikomersialkan sehingga ke peringkat global.

鈥淧ermintaan yang tinggi dari dalam negara dan antarabangsa bagi perkhidmatan Makmal i-CRIM dan Bioserasi ini juga merupakan satu peluang dan mempunyai potensi yang besar dalam meningkatkan penjanaan kewangan dan keserlahan 糖心原创.

鈥淪elain penjanaan dalam wang ringgit oleh Makmal i-CRIM dan Bioserasi, sumbangan besar pusat penyelidikan makmal alami dalam membantu masyarakat dan kerajaan setempat termasuk masyarakat asal juga amat penting diperkasakan selaras dengan aspirasi 糖心原创 sebagai sebuah universiti watan,鈥 katanya.

ALAF-糖心原创 adalah sebuah pusat perkhidmatan di 糖心原创 yang ditubuhkan bagi tujuan menyelaras dan memperkasa aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan secara strategik dan terancang. Penubuhan ALAF-糖心原创 merupakan antara langkah strategik bagi mencapai dua sasaran utama 糖心原创 iaitu meningkatkan Kebolehpasaran Graduan dan Penjanaan Pendapatan.

The post Makmal ALAF-糖心原创 tawar pelbagai perkhidmatan edu-pelancongan kepada masyarakat first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
糖心原创 Bangunkan Sistem Ramalan Pelbagai Bencana /news/Latest_News/ukm-bangunkan-sistem-ramalan-pelbagai-bencana/ Tue, 28 Feb 2023 06:54:11 +0000 /news/?post_type=news&p=24188 Oleh Murniati Abu Karim Foto Ikhwan Hashim BANGI, 28 Februari 2023 鈥 Pasukan penyelidik dari Universiti kebangsaan Malaysia (糖心原创) membangunkanBaca Selanjutnya

The post 糖心原创 Bangunkan Sistem Ramalan Pelbagai Bencana first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 28 Februari 2023 鈥 Pasukan penyelidik dari Universiti kebangsaan Malaysia (糖心原创) membangunkan Kuala Lumpur Multi-hazard Platfrom (KL-MHP) bagi mengurus dan menyampaikan risiko yang lebih baik dalam meningkatkan daya tahan bencana di bandar berkenaan.

Menurut ketua penyelidik dari Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-糖心原创) Professor Dr. Joy Jacqueline Pereira, KL-MHP adalah suatu sistem berasaskan web yang memaparkan ramalan cuaca bagi tempoh tiga hari ke hadapan pada skala yang terperinci.

Tambahnya, KL-MHP memaparkan amaran bencana secara menyeluruh yang merangkumi ancaman banjir, tanah runtuh dan atmosferik seperti gelombang panas dan pencemaran udara.

鈥淪istem ini mengadaptasi model meteorologi, atmosfera dan bencana berdasarkan iklim tropika di Malaysia dan Asia Tenggara seterusnya disepadukan ke dalam platform yang sama, iaitu KL-MHP.

鈥淏erbeza dengan ramalan cuaca secara am oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMsia), KL-MHP membolehkan warga Kuala Lumpur mendapat ramalan yang terperinci sehingga ke skala kawasan perumahan,鈥 katanya.

Katanyanya, data daripada KL-MHP digunapakai oleh Skuad Penyelamat Kuala Lumpur di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membuat persediaan rapi untuk mengambil tindakan respon terhadap bencana bandar seperti banjir dan tanah runtuh.

鈥淒i samping itu, pihak DBKL juga dapat membuat keputusan berkaitan preancangan gunatanah dan kawalan pembangunan di Kuala Lumpur dengan lebih sempurna dan berasaskan fakta sains bagi menangani isu bahaya iklim seperti banjir, tanah runtuh, angin kencang dan haba bandar yang dijangka meningkat dalam masa yang terdekat.

鈥淜L-MHP juga boleh membantu dalam mengealpasti tindakan yang lebih tersasar untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsagaan bencana bagi masyarakat di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh bagi mengurangkan kerugian dan kerosakan harta benda dan aset fizikal di bandar,鈥 jelasnya.

Menurutnya, Malaysia amat terkesan dengan pelbagai bencana alam yang berkait rapat dengan perubahan iklim seperti banjir, tanah runtuh, angin kencang, haba bandar dan pencemaran udara.

鈥淜esan daripada bencana ini akan paling ketara dalam kawasan bandar.

鈥淛usteru, sistem dibangunkan bagi pengurusan risiko bencana yang terbaik dengan mengumpulkan kepakaran pelbagai disiplin serta kerjasama dari erat di antara universiti, agensi kerajaan dan sektor swasta.

鈥淒engan adanya penyelidikan yang berterusan, keupayaan MHP dapat dipertingkatkan untuk menyediakan ramalan untuk lebih jenis bahaya iklim yang dijangka dengan perubahan iklim, contohnya kesan peningkatan paras laut di bandaraya tepi pantai,鈥 katanya.

Dr. Joy Jacqueline berkata, ketepatan ramalan cuaca dan bencana oleh KL-MHP adalah konsisten dan melebihi 90 peratus bagi banjir dan banjir kilat.

Sementara itu, ketepatan bagi ramalan tanah runtuh pula adalah melebihi 95 peratus.

The post 糖心原创 Bangunkan Sistem Ramalan Pelbagai Bencana first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
FKAB Kongsi Dapatan Kajian Isu Kenderaan Akhir Hayat bersama Pemegang Taruh /news/Latest_News/fkab-kongsi-dapatan-kajian-isu-kenderaan-akhir-hayat-bersama-pemegang-taruh/ Wed, 09 Nov 2022 04:39:05 +0000 /news/?post_type=news&p=23831 Oleh Ir. Dr. Zambri Harun dan Ahmad Nizam Che Kasim Foto oleh Ashman Md Annuar PUTRAJAYA, 9 November 2022聽 鈥Baca Selanjutnya

The post FKAB Kongsi Dapatan Kajian Isu Kenderaan Akhir Hayat bersama Pemegang Taruh first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh
Ir. Dr. Zambri Harun dan Ahmad Nizam Che Kasim
Foto oleh Ashman Md Annuar

PUTRAJAYA, 9 November 2022聽 鈥 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) mengadakan sesi perkongsian dapatan kajian mengenai Evaluation of Public Readiness for End-of-Life Vehicles (ELV) Implementation atau isu kereta terbiar dan usang bersama pemegang taruh utama.

Sesi perkongsian penyelidikan rentas disiplin itu turut disertai oleh penyelidik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK) dan Fakulti Undang-Undang (FUU) serta beberapa agensi lain iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Wilayah Persekutuan serta Pihak Berkuasa Tempatan Kajang, Klang dan Ampang.

Selain itu,wakil agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) juga turut hadir ke sisi perkongsian yang diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

Menurut Ketua Program Geran Penyelidikan TRGS, Ir. Dr. Zambri Harun, usaha ke arah menyelesaikan isu kereta terbiar dan usang dengan kaedah pelupusan yang teratur adalah melalui adaptasi amalan baik dan kaedah terkini melalui pengenalan projek rintis rawatan automotif berlesen (AATF) yang sedang dijalankan oleh JAS dan KPKT.

鈥淯saha ini dapat mendatangkan pelbagai kemaslahatan umum, seperti agenda kesihatan awam dalam membasmi serangan demam denggi, masalah kecurian barangan dari kereta terbiar dan usang serta memastikan persekitaran yang baik untuk meningkatkan daya huni penduduk di negara kita.

鈥淯saha ini adalah seiring dalam rencana peningkatan hasil ekonomi negara melalui jualan alat ganti pasca pasaran (after market) menggunakan kaedah pembuatan semula yang dianggarkan bernilai RM10 bilion menjelang tahun 2030,鈥 katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Dato鈥 Zailani Hashim menegaskan bahawa advokasi awam (public advocacy) mengenai isu kereta terbiar dan usang adalah penting, berbanding dengan tindakan berbentuk hukuman (penalti ke atas kesalahan yang dilakukan).

Katanya, pendekatan situasi menang-menang bukan sahaja boleh menggalakkan penerimaan baik dalam kalangan masyarakat umum terhadap polisi yang akan diperkenalkan, malah akan memberi kesedaran pemilik kenderaan usang dan terbiar untuk melupuskan kenderaan mereka secara mesra alam.

鈥淧endekatan sama (advokasi awam) telah dijalankan oleh pihak JPJ melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) mengenai status aktif atau tidak aktif kenderaan kepada pemilik oleh Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ.

鈥淧ihak akademia juga perlu berkerjasama erat dengan agensi kerajaan yang lebih maklum di peringkat gerak kerja pengoperasian, untuk memastikan hasil penyelidikan ini dapat direalisasikan,鈥 katanya semasa menyampaikan ucap tama.

Daripada hasil pembentangan para penyelidik selepas mengambil kira beberapa soal selidik yang dijalankan serta sesi libat urus bersama pemegang taruh, pelbagai cadangan telah diusulkan serta dibincangkan.

Antaranya adalah cadangan untuk mewujudkan sistem insentif bagi menggalakkan pelupusan secara sukarela oleh pemilik kenderaan terbiar, pusat sehenti untuk proses pelucutan hak milik kenderaan, menyelaraskan bidang kuasa sedia ada di antara agensi-agensi terbabit dan juga pelaksanaan tempoh wajib pemeriksaan kenderaan untuk memastikan keselamatan kenderaan yang berada di atas jalan raya.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah memulakan beberapa inisiatif pengumpulan kereta-kereta terbiar pada awal 2022. Kaedah perundangan itu memerlukan masa yang agak lama iaitu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum sesubuah kereta yang telah diberi notis boleh dilupuskan.

Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ) pula telah berkongsi pengalaman pengumpulan kereta terbiar, kertas-kertas kerja untuk pelupusan dibuat dengan cermat dan mematuhi undang-undang sedia-ada.

Semua pihak dalam sesi perkongsian itu bersetuju agar amalan terbaik dikongsi kepada semua pemegang taruh agar kebaikannya dapat dirasai di pelbagai peringkat dan negeri lain.

The post FKAB Kongsi Dapatan Kajian Isu Kenderaan Akhir Hayat bersama Pemegang Taruh first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Modul latihan dan toolkit pengurangan garam jadi rujukan industri makanan /news/Latest_News/modul-latihan-dan-toolkit-pengurangan-garam-jadi-rujukan-industri-makanan/ Wed, 02 Nov 2022 06:55:26 +0000 /news/?post_type=news&p=23803 Oleh Asmahanim Amir Foto Izwan Azman BANGI, 2 November 2022 – Dua modul latihan dan toolkit pengurangan garam yang dihasilkanBaca Selanjutnya

The post Modul latihan dan toolkit pengurangan garam jadi rujukan industri makanan first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 2 November 2022 – Dua modul latihan dan toolkit pengurangan garam yang dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menjadi rujukan pihak industri makanan.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Pasukan Penyelidik Newton Fund Impact Scheme dan Resolve for Life telah diketuai oleh pasukan penyelidik dari Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Kesihatan, 糖心原创 dan rakan kolaborasi daripada Bahagian Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Malaya, Sunway University, Universiti Putra Malaysia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Selain itu penyelidik daripada Queen Mary University of London menjadi rakan penyelidik antarabangsa dalam penghasilan modul latihan dan toolkit pengurangan garam tersebut.

Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur 糖心原创, Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid berkata penghasilan modul latihan dan toolkit pengurangan garam itu adalah tepat dikala rakyat Malaysia berhadapan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit darah tinggi dan diabetis.

鈥淏erdasarkan data statistik penyakit tidak berjangki, penyakit kardiovaskular adalah penyebab kematian utama di Malaysia.

鈥淏ukan hanya Malaysia sahaja yang mencatatkan jumlah NCD yang tinggi, tetapi sebanyak 71 peratus iaitu kira-kira 57 juta kematian di seluruh dunia adalah berpunca dari penyakit NCD,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Toolkit Reformulasi Sos Soya dan Modul Latihan Pengurangan Garam Dalam Kalangan Industri Makanan, Pengusaha Katering dan Vendor, di sini, semalam.

Beliau berkata sebagai sebuah universiti yang berstatus universiti penyelidikan, 糖心原创聽 sentiasa menyokong penuh penyelidikan gegar gamat (translation research) yang memberi impak positif kepada masyarakat umum.

鈥淧enghasilan modul pengurangan garam yang disasarkan kepada industri dan pengusaha makanan dan toolkit reformulasi sos soya atau kicap ini adalah seiring dengan visi dan misi 糖心原创 sebagai sebuah Universiti Watan yang sentiasa peka kepada perkembangan semasa dan menggalas amanah untuk memastikan kesejahteraan masyarakat di Malaysia,鈥 katanya.

Ujar beliau, pelancaran modul latihan dan toolkit itu bukan sahaja menunjukkan kemampuan 糖心原创 sebagai pakar rujuk dalam penyelidikan bidang kesihatan, malah ia memberi gambaran kepada kecemerlangan universiti ini secara umumnya.

鈥淜ecemerlangan ini adalah sejajar dengan pencapaian 糖心原创 sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang tersohor di Malaysia dan dunia.

鈥淭erima kasih kepada semua yang terlibat dalam kajian ini dan saya berharap kajian ini akan merintis lebih banyak lagi kerjasama strategik di masa hadapan,鈥 katanya.

Modul latihan dan toolkit itu dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam KKM, Dr. Feisul Idzwan Mustapha.

The post Modul latihan dan toolkit pengurangan garam jadi rujukan industri makanan first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Penyelidik 糖心原创 dan UNIMAS Hasilkan Sistem Penskoran Madu Kelulut UKSF /news/Latest_News/penyelidik-ukm-dan-unimas-hasilkan-sistem-penskoran-madu-kelulut-uksf/ Tue, 13 Sep 2022 02:24:01 +0000 /news/?post_type=news&p=23563 Oleh Siti Aishah Mohd Yusof Foto Ikhwan Hashim BANGI 12 September 2022 鈥 Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创)Baca Selanjutnya

The post Penyelidik 糖心原创 dan UNIMAS Hasilkan Sistem Penskoran Madu Kelulut UKSF first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Ikhwan Hashim

BANGI 12 September 2022 鈥 Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya menghasilkan satu inovasi hakcipta sistem penskoran bagi produk madu kelulut iaitu Unique Kelulut SuperFood Factor (UKSF).

Sistem penskoran madu kelulut UKSF itu dapat membantu meningkatkan lagi kualiti madu kelulut Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata sistem penskoran yang dihasilkan itu juga boleh diguna pakai bagi semua produk madu kelulut yang dihasilkan kerana tidak terhad kepada Malaysia sahaja, malah kepada Indonesia, Brazil dan beberapa negara pengeluar lain di dunia.

鈥淜ejayaan penyelidikan ini dapat menjadikan madu kelulut setanding dengan madu Manuka yang telah lama menggunakan sistem penskoran berasaskan pembuktian saintifik,鈥 katanya pada Majlis Pelancaran Unique Kelulut Superfood Factor (UKSF), di sini.

Beliau berkata analisis saintifik yang dijalankan dalam penyelidikan itu dapat membantu penternak kelulut untuk mendapatkan bukti terbaik yang akan menyokong kualiti produk madu yang dihasilkan.

Tambah beliau, isu lambakan produk madu palsu juga boleh diatasi dengan wujudnya sistem penskoran madu kelulut ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri II, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata dengan terhasilnya sistem penskoran produk madu kelulut (Unique Kelulut SuperFood Factor), beliau berharap lebih ramai penternak atau industri dapat turut sama memberi sokongan kepada 糖心原创 bagi memastikan produk madu kelulut yang dihasilkan adalah bermutu tinggi dan dapat dibuktikan dengan analisis saintifik.

Penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Razinah Sharif dari Fakulti Sains Kesihatan bersama Dr. Arnida Hani Teh dan Dr. Noorul Syuhada Mohd Razali dari Fakulti Sains dan Teknologi mendapat kerjasama penyelidik dari UNIMAS iaitu Prof. Dr. Zainab Ngaini dan Prof. Mohd Hasnain Md Hussain serta Hisham Yusoff dari industri Bayu Gagah (M) Sdn Bhd.

Kerjasama strategik itu adalah hasil daripada Geran Translasi 2021.

The post Penyelidik 糖心原创 dan UNIMAS Hasilkan Sistem Penskoran Madu Kelulut UKSF first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
糖心原创 Kaji Kaedah Baharu Fasa Klinikal Rawatan Kanser Darah /news/Latest_News/ukm-kaji-kaedah-baharu-fasa-klinikal-rawatan-kanser-darah/ Wed, 10 Aug 2022 08:13:37 +0000 /news/?post_type=news&p=23431 Oleh Asmahanim Amir Foto Noorasyikin Yusuf CHERAS, 10 Ogos 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) melalui Pusat Terapi Sel, HospitalBaca Selanjutnya

The post 糖心原创 Kaji Kaedah Baharu Fasa Klinikal Rawatan Kanser Darah first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Noorasyikin Yusuf

CHERAS, 10 Ogos 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) melalui Pusat Terapi Sel, Hospital Canselor Tuanku Muhriz menjalankan dua kajian fasa klinikal imunoterapi berasaskan sel (IBS) atau sel terapi bagi merawat penyakit kanser darah.

Dua kajian itu ialah terapi sel dendritik (DC) dan terapi sel CAR-T (Chimeric Antigen Response-T).

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato鈥 Dr. Noor Azmi Ghazali berkata kerajaan menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Pusat Terapi Sel 糖心原创 dan akan menyemak isu seperti regulatori yang dikatakan menyekat perkembangan rawatan penyakit itu.

Katanya Kementerian Kesihatan (KKM) akan melihat perkara ini berikutan trend penyakit tidak berjangkit serta kanser menunjukkan peningkatan dewasa ini.

鈥淜ita menyokong kajian sebegini dan akan melihat perkara ini lebih mendalam, memperbaiki keadaan dan melihat isu seperti regulatori yang dikatakan menyekat, menyebabkan kita agak ke belakang berbanding negara lain,鈥 katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Saintifik Persatuan Hematologi Malaysia ke-19 tahun 2022, di sini.

Mengulas berkenaan kajian klinikal tersebut, beliau berkata kejuruteraan terapi sel T merupakan strategi baharu untuk merawat pesakit relaps/refraktori leukemia dan limfoma.

鈥淪aya difaham kumpulan penyelidik CAR-T Pusat Terapi Sel 糖心原创 ini telah mereka bentuk satu kajian klinikal yang pertama di Malaysia untuk menilai profil keselamatan dan keberkesanan terapi CAR-T untuk pesakit kanser relaps/refraktori B-leukemia limfoblastik akut dan limfoma B-non Hodgkin.

鈥淜ajian-kajian ini sudah pasti akan memberi impak positif terhadap perkembangan rawatan kanser darah di Malaysia selain memberi peluang kepada pesakit-pesakit kanser darah berulang atau kemorefraktori untuk mendapatkan rawatan alternatif,鈥 katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kanser teratas bagi wanita adalah kanser payudara, lelaki (prostat), serta kanser kolorektal didapati meningkat di samping kanser lain seperti paru-paru yang disebabkan penuaan rakyat negara ini dan amalan gaya hidup tidak sihat.

Persidangan tahunan yang diadakan selama tiga hari dengan tema Cell Therapy itu adalah anjuran bersama antara 糖心原创 melalui Pusat Terapi Sel dan Persatuan Hematologi Malaysia. Persidangan yang diadakan secara hibrid itu turut disertai oleh peserta dari Bangladesh, Australia dan United Kingdom.

Hadir sama di majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi LPU, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak; Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato鈥 Dr. Hanafiah Harunarashid dan Presiden Persatuan Hematologi Malaysia, Prof. Dr. Gan Gin Gin.

The post 糖心原创 Kaji Kaedah Baharu Fasa Klinikal Rawatan Kanser Darah first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Fakulti Undang-Undang Lancar Inovasi Pertama Gabungan Bib dan Tudung /news/Latest_News/fakulti-undang-undang-lancar-inovasi-pertama-gabungan-bib-dan-tudung/ Tue, 26 Jul 2022 08:49:37 +0000 /news/?post_type=news&p=23379 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim BANGI, 22 Julai 2022 – Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) julung kalinya melancarkanBaca Selanjutnya

The post Fakulti Undang-Undang Lancar Inovasi Pertama Gabungan Bib dan Tudung first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 22 Julai 2022 – Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) julung kalinya melancarkan projek inovasi pertama iaitu Hijabbib, yang merupakan gabungan antara hijab (tudung) dan bib untuk digayakan oleh peguam wanita muslimah.

Ketua penyelidik, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz berkata Hijabbib direka khas oleh kumpulan penyelidikkannya selepas melihat keciciran bib yang sering dialami oleh peguam wanita apabila menghadiri prosiding mahkamah.

“Sebenarnya saya adalah peguam sebelum menjadi ahli akademik dan kerap kali tertinggal bib semasa menghadiri perbicaraan.

“Bila kita duduk berbincang dengan Prof Madya Dr Shahrul Mizan Ismail dan Dr Mohd Zamre Mohd Zahir, maka tercetuslah idea untuk menggabungkan bib ini dengan tudung supaya ia boleh disarungkan terus tanpa perlu banyak lapis.

鈥淛adi, tidak timbul lagi isu peguam tertinggal bib di rumah jika menggunakan Hijabbib ini,鈥 katanya selepas majlis Pelancaran Hijabbib, baru-baru ini.

Majlis itu adalah kerjasama antara Pusat Pemindahan Teknologi (INOVASI@糖心原创鈩) dan Fakulti Undang-Undang.

Dr Saidatul Nadia berkata Hijabbib juga mempunyai ukuran tertentu yang mengikut piawaian profesion guaman.

鈥淲alaupun menggabungkan tudung, bib dan selendang, istimewanya penghasilan Hijabbib ini adalah menggunakan kain premium yang sejuk dan mudah gosok, sesuai dengan ketrampilan seorang peguam Muslimah,鈥 katanya.

Tambah beliau, revolusi fesyen tudung dua dalam satu itu bukan sahaja sesuai dipakai ketika di mahkamah, tetapi juga boleh digayakan untuk kegunaan harian.

鈥淗ijabbib menawarkan tiga kaedah pemakaian unik yang boleh digunakan day in, day out di luar mahkamah dan ia juga adalah patuh syariah.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato鈥 Dr Wan Kamal Mujani berkata pelancaran Hijabbib itu adalah sangat membanggakan kerana ia bukan sahaja yang pertama seumpamanya, tetapi berjaya memperoleh anugerah khas perintis inovatif dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA庐2022.

“Pihak universiti berharap dengan pelancaran produk inovasi Hijabbib ini, lebih ramai lagi penyelidik akan turut sama dalam memberi sokongan dan komitmen untuk bersama-sama meningkatkan lagi kesedaran warga penyelidik 糖心原创 terhadap peranan menghasilkan produk yang berinovasi tinggi dan kompetitif dalam pasaran,” katanya.

The post Fakulti Undang-Undang Lancar Inovasi Pertama Gabungan Bib dan Tudung first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Sumber Serabut Semulajadi Sebagai Bahan Masa Depan Lestari /news/Latest_News/sumber-serabut-semulajadi-sebagai-bahan-masa-depan-lestari/ Tue, 14 Jun 2022 02:10:00 +0000 /news/?post_type=news&p=23215 Oleh Azril Izzat Ramlan Foto Ikhwan Hashim BANGI, 3 Jun 2022 鈥 Sumber serabut asli berpotensi sebagai bahan masa depanBaca Selanjutnya

The post Sumber Serabut Semulajadi Sebagai Bahan Masa Depan Lestari first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Azril Izzat Ramlan
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 3 Jun 2022 Sumber serabut asli berpotensi sebagai bahan masa depan lestari, kata Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains & Teknologi 糖心原创.

Beliau berkata, pengekstrakan dan pencirian selulosa nanohablur (CNC) dari sumber serabut asli seperti kenaf, sekam padi, kelapa sawit dan mengkuang serta penggunaannya dalam pelbagai aplikasi yang berpotensi sebagai bahan masa depan lestari.

Menurutnya, Malaysia merupakan sebuah negara beriklim tropika yang kaya dengan sumber biojisim lignoselulosa yang mempunyai sumber utama dalam penghasilan nanoselulosa.

Beliau berkata sedemikian dalam Syarahan Perdana bertajuk 鈥楴anoselulosa Sumber Semulajadi聽: Potensi Bahan Untuk Masa Hadapan鈥 baru-baru ini.

鈥淢alaysia mengeluarkan hampir empat juta tan padi setiap tahun manakala 17 juta tan sawit. Untuk menghasilkan beras dan minyak sawit, sekam padi dan serabut tandan kosong sawit menjadi bahan buangan yang boleh dimajukan. Negara kita juga telah mula menghasilkan kenaf dengan sebanyak 2400 tan direkodkan pada 2010,鈥 katanya.

Tambahnya, serabut semula jadi menjadi perhatian dalam pelbagai aplikasi kerana ciri-cirinya yang tidak mengandungi bahan toksik, mesra alam serta merupakan sumber yang boleh diperbaharui.

Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad juga menjelaskan penggunaan CNC dalam sesuatu bahan dengan jumlah yang sedikit boleh meningkatkan kekuatan serta menjadi bahan penguat berprestasi tinggi selain mampu meningkatkan kegilapan kertas dan mengubah kekakuan serta kelicinan permukaannya.

Penyelidikan yang dilakukan turut merangkumi kerjasama dari penyelidik tersohor luar negara seperti Perancis, India, China, Itali, Poland serta Indonesia sebagai penyelia dan pengarang bersama.

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman berkata bahawa kepakaran Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad turut disumbangkan dalam beberapa badan profesional dan sekretariat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

The post Sumber Serabut Semulajadi Sebagai Bahan Masa Depan Lestari first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Ketumbuhan Kelenjar Air Liur Seberat 3 Kg Berjaya Dikeluarkan /news/Latest_News/ketumbuhan-kelenjar-air-liur-seberat-3-kg-berjaya-dikeluarkan/ Mon, 09 May 2022 00:45:44 +0000 /news/?post_type=news&p=22934 Murniati Abu Karim Foto Ikhwan Hashim Pakar bedah kanser kepala dan leher di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Prof. Dr.Baca Selanjutnya

The post Ketumbuhan Kelenjar Air Liur Seberat 3 Kg Berjaya Dikeluarkan first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

Pakar bedah kanser kepala dan leher di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Prof. Dr. Mohd. Razif Mohamad Yunus berjaya menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan kelenjar air liur seberat tiga kilogram daripada leher seorang pesakit.

Beliau yang juga merupakan profesor di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) berkata pembedahan ketumbuhan yang bersaiz 20cm x 30cm itu merupakan antara yang terbesar yang pernah dijalankan oleh beliau dan pasukannya.

Menurutnya, ketumbuhan kelenjar air liur pesakit tersebut melalui proses pembesaran secara perlahan-lahan selama lapan tahun, dan pesakit mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan kerana sukar untuk menunaikan ibadah solat.

Pembedahan yang berjalan selama lima jam itu berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi.

鈥淧embedahan ini melibatkan pesakit berumur lebih 60 tahun, jadi pasukan kami perlu mengambil kira pelbagai faktor risiko seperti keadaan jantung dan paru-paru pesakit.

鈥淧endarahan yang berlebihan juga dikhuatiri berlaku apabila mengendalikan pembedahan ketumbuhan bersaiz besar.

鈥淜epakaran yang tinggi dan instrumen yang sesuai amat penting untuk mengelakkan terkena saraf muka dan pembuluh darah yang menyalurkan darah ke otak dan jantung,鈥 katanya.

Beliau menggunakan pisau bedah Harmonic yang mempunyai teknik penggunaan lebih mudah, dapat mengurangkan pendarahan, mempercepatkan masa pembedahan, seterusnya memastikan pesakit cepat sembuh.

Tambah Dr. Mohd. Razif, ketumbuhan kelenjar air liur dikategorikan kepada dua iaitu bukan barah (benign) ataupun barah (malignant).

鈥淒alam kes ini, pesakit mempunyai ketumbuhan bukan barah. Walau bagaimanapun, ia boleh memudaratkan pesakit jika saiznya semakin membesar.

鈥淪ekiranya ketumbuhan semakin besar, ia boleh menghalang salur makan, salur pernafasan dan seterusnya mengakibatkan sesak nafas.

鈥淜etumbuhan ini berpunca dari kelenjar air liur parotid atau submandibular yang terletak di bahagian muka berdekatan dagu,鈥 katanya.

Jelasnya, kajian terhadap ketumbuhan akan dibuat terlebih dahulu bagi menentukan sama ada sel tersebut bersifat agresif atau tidak.

鈥淛ika didapati sel yang dijangkiti bersifat ganas maka, pembedahan hendaklah dijalankan secepat mungkin kerana ia akan membesar dengan cepat dan mempunyai potensi untuk merebak ke saraf muka yang boleh membuatkan muka menjadi herot,鈥 tambahnya.

Menurut beliau, punca sebenar pembentukan ketumbuhan kelenjar air liur belum dapat ditentukan.

鈥淚a tidak ada kena mengena dengan genetik atau pemakanan dan gaya hidup seseorang. Namun, hal ini boleh dielakkan dengan mengenali tanda dan gejala awal kehadiran ketumbuhan kelenjar air liur.

鈥淛ika terdapat benjolan atau ketulan di bahagian muka atau leher, hendaklah segera dapatkan rawatan atau konsultasi. Dengan pengesanan awal, ketumbuhan dapat diperiksa untuk menentukan sama ada ia memerlukan rawatan yang segera ataupun tidak,鈥 katanya.

Sekiranya saiz ketumbuhan kecil, jelasnya, risiko pembedahan juga rendah dengan pelbagai komplikasi dapat dielakkan.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak takut untuk mendapatkan pemeriksaan pakar perubatan sekiranya terdpat tanda-tanda ketumbuhan di bahagian muka atau leher.

The post Ketumbuhan Kelenjar Air Liur Seberat 3 Kg Berjaya Dikeluarkan first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Penyelidik 糖心原创 Cipta Antena Bersaiz Kompak /news/Latest_News/penyelidik-ukm-cipta-antena-bersaiz-kompak/ Thu, 14 Apr 2022 01:13:33 +0000 /news/?post_type=news&p=22870 BANGI, 6 April 2022 鈥 Penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) berjaya menghasilkan antena tampalanBaca Selanjutnya

The post Penyelidik 糖心原创 Cipta Antena Bersaiz Kompak first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

BANGI, 6 April 2022 Penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) berjaya menghasilkan antena tampalan gandaan tinggi untuk komunikasi jalur C yang telah dilancarkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menurut ketua penyelidik Prof Dr Mohammad Tariqul Islam, antena bersaiz kompak itu dipasang pada kiub satelit (CubSat) atau nanosatelit KITSUNE sebelum dilancarkan pada 24 Mac lalu, jam 9.10 malam.

Muhammad Tariqul berkata, antena itu sesuai dipasang pada CubeSat KITSUNE kerana saiznya yang kecil iaitu lebih kurang 30 x 30 x 1 mm3.

鈥淪atelit KITSUNE merupakan CubeSat 6U yang mempunyai segiempat selari dengan sisi kira-kira 10 x 20 x 30 cm justeru, antena bersaiz kompak, ringan dan stabil diperlukan untuk kelancaran misi satelit nano ini,鈥 katanya.

Tambahnya, komunikasi antara CubeSat dan bumi amat bergantung kepada sistem antena.

“Ciri antena ini unik kerana ia tidak mengganggu isyarat lain dari sistem satelit bagi memastikan komunikasi yang lebih baik kepada pengguna.

鈥淧enghasilan antena yang berstruktur ringkas dan padat ini mampu beroperasi dalam aplikasi transmisi jalur C (5.66 GHz dan 5.84 GHz) dengan radiasi terpolarisasi membulat.

鈥淧olarisasi antena yang sentiasa sejajar akan menyebabkan isyarat komunikasi yang diterima dan dihantar memuaskan dan tidak terputus,鈥 jelasnya.

Menurutnya, projek ini merupakan kerjasama dengan Institut Teknologi Kyushu, Jepun (Kyutech) yang bermula pada Jun 2019.

鈥淧rojek penyelidikan ini sebuah penghargaan yang membuktikan bahawa kepakaran penyelidik dan universiti tempatan dalam bidang teknologi diakui di peringkat antarabangsa,鈥 jelas beliau.

Tiga lagi penyelidik yang terbabit dalam projek berkenaan adalah Prof Dr Norbahiah Misran, Prof Ir Dr Mandeep Singh dan Dr Md Samsuzaaman.

Sementara itu, Prof Norbahiah berkata, pencapaian berkenaan membuktikan negara mempunyai kepakaran yang mampu menyumbang untuk projek satelit negara.

“Negara kita mempunyai misi menerokai angkasa dan melalui kejayaan ini, ia memberi keyakinan kita mampu pergi jauh dengan memanfaatkan kajian tenaga pakar dari universiti tempatan,” katanya.

The post Penyelidik 糖心原创 Cipta Antena Bersaiz Kompak first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>