Khidmat Masyarakat | 糖心原创 News Portal /news 糖心原创 News Portal Wed, 15 Mar 2023 08:39:42 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 糖心原创 Lancar Papan Tanda Pencegahan Covid-19 Bahasa Mendriq /news/Latest_News/ukm-lancar-papan-tanda-pencegahan-covid-19-bahasa-mendriq/ Wed, 15 Mar 2023 08:39:42 +0000 /news/?post_type=news&p=24274 Oleh Murniati Abu Karim Foto Prof Madya Dr Fazal Mohamed Mohamed Sultan GUA MUSANG, 13 Mac 2023 鈥 Universiti KebangsaanBaca Selanjutnya

The post 糖心原创 Lancar Papan Tanda Pencegahan Covid-19 Bahasa Mendriq first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Prof Madya Dr Fazal Mohamed Mohamed Sultan

GUA MUSANG, 13 Mac 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) melancarkan sebuah papan tanda pencegahan Covid-19 dalam bahasa Mendriq yang dibangunkan daripada pengetahuan peribumi Orang Asli (OA) Mendriq di Pos Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan.

Menurut ketua penyelidik, Prof Madya Dr Fazal Mohamed Mohamed Sultan, pakar Linguistik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 糖心原创, projek ini adalah bagi mendidik OA dengan tindakan pencegahan Covid-19 dengan penghasilan papan tanda di dalam bahasa yang memudahkan fahaman OA terhadap penyakit tersebut.

鈥淧ada masa ini, maklumat kesihatan awam yang dikeluarkan oleh kerajaan hanya memenuhi pemahaman penduduk arus perdana, menjadikan OA terpinggir.

鈥淭ambahan pula, maklumat yang disampaikan tidak selaras budaya dengan pandangan dunia OA dengan wujudnya perkataan yang berhubung dengan penyakit ini yang tidak pernah didengar oleh mereka, menyebabkan kesukaran untuk menyampaikan mesej dengan jelas,鈥 katanya.

Justeru, kajian ini juga menggabungkan pakar Sejarah, Prof Madya Dr Azlizan Mat Enh dan Perubatan, Prof Dr Hidayatulfathi Othman 糖心原创 bagi mengumpul pengetahuan peribumi (Indigenous Knowledge) OA Mendriq dalam skop kebersihan, jangkitan, pencegahan, penyakit, dan wabak.

Kajian yang melibatkan kaedah temubual seramai 60 OA ini mengkaji sampel perkataan, frasa dan ayat spontan daripada pengetahuan peribumi mereka seterusnya, bahasa tersebut dianalisis dan ditranskripsikan ke atas papan tanda.

Menurut Prof Madya Dr Fazal, papan tanda ini bakal dimanfaatkan oleh seramai 306 orang OA Mendriq yang tinggal di beberapa kawasan di Gua Musang.

Papan tanda ini dilancarkan oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap agar papan tanda yang menggunakan gabungan infografik dan perkataan bahasa OA ini dapat menjadi peringatan seharian.

鈥淪trategi ini diharapkan dapat dimanfaatkan untuk menjadi kaedah kawalan penyakit Covid-19 serta memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera untuk semua peringkat umur OA Mendriq di Gua Musang,鈥 katanya.

Projek yang bermula pada Mei 2022, ditaja oleh United States Agency for International Development dan diselia oleh Southeast Asia One Health University Network.

The post 糖心原创 Lancar Papan Tanda Pencegahan Covid-19 Bahasa Mendriq first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Makmal ALAF-糖心原创 tawar pelbagai perkhidmatan edu-pelancongan kepada masyarakat /news/Latest_News/makmal-alaf-ukm-tawar-pelbagai-perkhidmatan-edu-pelancongan-kepada-masyarakat/ Tue, 14 Mar 2023 07:26:26 +0000 /news/?post_type=news&p=24268 Oleh Asmahanim Amir Foto Izwan Azman PEKAN, 13 Mac 2023 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal, Universiti Kebangsaan MalaysiaBaca Selanjutnya

The post Makmal ALAF-糖心原创 tawar pelbagai perkhidmatan edu-pelancongan kepada masyarakat first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

PEKAN, 13 Mac 2023 – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (ALAF-糖心原创) bakal menjadi pusat edu-pelancongan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat selain menjadi pusat penyelidikan dan pembelajaran.

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata pewujudan ALAM-糖心原创 itu adalah sejajar dengan hasrat 糖心原创 yang memfokuskan kepada penyelidikan bersifat komprehensif, dan pada masa yang sama memasyarakatkan kemudahan yang ada untuk manfaat masyarakat dan negara.

鈥淒engan empat lokasi utama makmal alami 糖心原创 iaitu di Timur, Selatan, Utara dan Tengah semenanjung Malaysia, ia dilihat mempunyai peluang yang besar untuk menjadi hub kepada pembangunan masyarakat setempat bukan sahaja dalam bidang penyelidikan flora dan fauna, malah edu-pelancongan, penghasilan pelbagai modul ilmiah dan penarafan makmal alami ke status antarabangsa seperti di bawah UNESCO dan sebagainya,鈥 katanya.

ALAF-糖心原创聽 merupakan hasil penstrukturan semula tadbir urus empat buah makmal alami iaitu Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) beserta聽 dua buah makmal fizikal iaitu Makmal Instrumentasi Berpusat 糖心原创 (i-CRIM) dan Makmal Bioserasi yang bertempat di 糖心原创, Bangi. Kesemua makmal sebelum ini adalah di bawah tanggungjawab Pusat Tanggungjawab yang berbeza di 糖心原创.

Selain dari menyediakan fasiliti sokongan penyelidikan, makmal-makmal alami ALAF-糖心原创 turut menawarkan beberapa pakej edu-pelancongan seperti Forest Experience, Indigenous Explore, Tasik Chini Boat Tour, Night Walking, Bird Watching, Program Pengukuhan Pasukan dan Eksplorasi Sains. Selain itu, kursus pemandu pelancong juga ditawarkan di PPL sebagai satu usaha menaikkan pendapatan masyarakat setempat di Langkawi.

Mohd Ekhwan berkata dengan pelancaran ALAF-糖心原创 ini, ia akan dapat membantu dalam mewujudkan ekosistem berpusat penyelidikan berteraskan perkhidmatan yang bersifat glokal.

鈥淜ejayaan dan sumbangan besar setiap entiti di bawah ALAF-糖心原创 terhadap pembangunan masyarakat dan negara juga diharap dapat diwar-warkan dengan lebih meluas kepada semua pemegang taruh seperti kerajaan, komuniti, industri, badan bukan kerajaan dan agensi antarabangsa.

鈥淪emoga penubuhan ALAF-糖心原创 dapat dijadikan sebagai contoh kepada institusi pendidikan tinggi yang lain dalam memberikan perkhidmatan berteraskan penyelidikan yang bermanfaat kepada masyarakat, industri dan negara,鈥 ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Pusat Pengurusan Makmal Alami Dan Fizikal 糖心原创 (ALAF-糖心原创), di sini.

Katanya perkhidmatan makmal fizikal pula seperti i-CRIM dan Makmal Bioserasi telah berjaya menyokong dasar kerajaan dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang dapat memberi impak kepada masyarakat dan mempunyai daya pasaran yang tinggi untuk dikomersialkan sehingga ke peringkat global.

鈥淧ermintaan yang tinggi dari dalam negara dan antarabangsa bagi perkhidmatan Makmal i-CRIM dan Bioserasi ini juga merupakan satu peluang dan mempunyai potensi yang besar dalam meningkatkan penjanaan kewangan dan keserlahan 糖心原创.

鈥淪elain penjanaan dalam wang ringgit oleh Makmal i-CRIM dan Bioserasi, sumbangan besar pusat penyelidikan makmal alami dalam membantu masyarakat dan kerajaan setempat termasuk masyarakat asal juga amat penting diperkasakan selaras dengan aspirasi 糖心原创 sebagai sebuah universiti watan,鈥 katanya.

ALAF-糖心原创 adalah sebuah pusat perkhidmatan di 糖心原创 yang ditubuhkan bagi tujuan menyelaras dan memperkasa aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan secara strategik dan terancang. Penubuhan ALAF-糖心原创 merupakan antara langkah strategik bagi mencapai dua sasaran utama 糖心原创 iaitu meningkatkan Kebolehpasaran Graduan dan Penjanaan Pendapatan.

The post Makmal ALAF-糖心原创 tawar pelbagai perkhidmatan edu-pelancongan kepada masyarakat first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
3R STEM@JPK Integrasikan STEM bersama al-Quran dan Sunnah /news/Latest_News/3r-stemjpk-integrasikan-stem-bersama-al-quran-dan-sunnah/ Mon, 13 Mar 2023 00:10:10 +0000 /news/?post_type=news&p=24259 Berita dan foto oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina BANGI, 7 Mac 2023 – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)Baca Selanjutnya

The post 3R STEM@JPK Integrasikan STEM bersama al-Quran dan Sunnah first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Berita dan foto oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

BANGI, 7 Mac 2023 – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) mengadakan program 3R STEM@JPK yang melibatkan penyertaan daripada pelajar-pelajar pra sekolah bagi mengintegrasikan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dengan pendidikan al-Quran dan sunnah.

Menurut Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof Madya Ts. Dr. Siti Aminah Osman, aktiviti yang dijalankan itu bertujuan untuk memupuk minat dan mencungkil bakat serta kemampuan pelajar sejak dari awal berkenaan bidang STEM.

鈥淕enerasi muda ini merupakan tunggak utama negara dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Jadi, kita mahu menepis tanggapan bahawa ilmu STEM ini sukar kepada kanak-kanak di awal persekolahan,鈥 katanya.

Sementara itu, wakil dari Amazing Seed Malaysia yang menjadi rakan kerjasama program tersebut, Siti Farihan berkata pembentukan akhlak dan iman adalah teras utama pemasakan anak-anak dalam menyediakan generasi muda bagi menghadapi cabaran IR 4.0.

鈥淒engan pengintegrasian STEM bersama al-Quran dan sunnah, maka generasi muda ini akan lebih seimbang dalam ilmu STEM dan ilmu agama.

鈥淛adi, dengan adanya program-program STEM yang disulami dengan pemasakan iman seperti ini, saya berharap ia dapat melahirkan modal insan atau khalifah yang mahir dalam bidang teknologi masa hadapan yang menjadi teras dalam IR4.0,鈥 katanya.

Beliau berkata memandangkan nisbah jurutera kepada populasi rakyat ketika ini hanya 1:170 berbanding negara maju lain, beliau berharap akan ada lebih banyak lagi program-program seperti itu diadakan bersama komuniti.

鈥淚ni bagi memastikan tiada jurang antara universiti dan masyarakat serta untuk melahirkan lebih ramai jurutera-jurutera hebat seiring dengan negara-negara maju lain,鈥 ujarnya.

Program 3R STEM@JPK itu telah melibatkan 100 orang pelajar pra sekolah dari tadika swasta Amazing Seed Malaysia.

Terdapat tiga modul yang telah dijalankan dalam program ini iaitu Shapes and Me bersama Dr. Haliza Othman, Inno-Math Rocket Activity bersama Dr. Noorhelyna Razali dan aktiviti Roll to Jannah bersama Dr. Mohd Haniff Osman.

Sepanjang program itu berlangsung, peserta didedahkan dengan aktiviti bentuk-bentuk asas geometri, proses reka bentuk kejuruteraan dengan menggunakan bahan terbuang seperti kertas dan botol terpakai dan pendedahan kepada kepentingan geseran dalam kehidupan.

The post 3R STEM@JPK Integrasikan STEM bersama al-Quran dan Sunnah first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Kepakaran Penyelidik 糖心原创 Rangkul Anugerah di NEA /news/Latest_News/kepakaran-penyelidik-ukm-rangkul-anugerah-di-nea/ Fri, 10 Mar 2023 04:07:28 +0000 /news/?post_type=news&p=24254 Oleh Murniati Abu Karim Foto Ikhwan Hashim KUALA LUMPUR, 9 Mac 2023 鈥 Hospital Kepala Batas yang mendapat kepakaran daripadaBaca Selanjutnya

The post Kepakaran Penyelidik 糖心原创 Rangkul Anugerah di NEA first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

KUALA LUMPUR, 9 Mac 2023 鈥 Hospital Kepala Batas yang mendapat kepakaran daripada felo penyelidik Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) dalam projek Bandar Tenaga Pintar Bertam telah meraih anugerah MERIT dalam kategori Renewable Energy, Combined Heat and Power di Anugerah Tenaga Kebangsaan (National Energy Awards 2022).

Menurut Felo Penyelidik dan pengarah SERI, Prof. Madya Dr. Mohd Adib Ibrahim, Hibrid Terma Fotovoltan (PVT) dan Sistem Pam Haba (HPVTHPS) telah dicadangkan dalam kajian lapangan ini untuk meningkatkan keselesaan terma wad hospital pengudaraan semula jadi.

鈥淧am haba digunakan untuk memanaskan air dan menghasilkan udara sejuk untuk mengurangkan suhu udara di wad, selain menjadi agen penyejuk aktif untuk meningkatkan prestasi PVT.

鈥淪ecara keseluruhannya, HPVTHPS telah mengurangkan suhu bilik wad hospital berbanding suhu asas dengan purata penurunan suhu antara 0.5 掳C hingga 3.9 掳C.

鈥淪istem PVT juga menunjukkan nilai kecekapan tinggi antara 51.0% dan 69.0% yang merangkumi prestasi tenaga haba dan elektrik.

鈥淧rojek yang dipasang di Hospital Kepala Batas dengan kapasiti PV solar 7.20 kWp berjaya mengurangkan karbon dioksida sebanyak 151 tan setahun.

鈥淧engurangan ini bersamaan dengan 329,569 anak pokok yang ditanam selama 10 tahun untuk menyerap karbon dioksida,鈥 katanya.

Majlis anugerah ini dihadiri oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam ucapannya, beliau berkata NEA memainkan peranan penting dalam menggalakkan pemilik perniagaan dan bangunan untuk mengadaptasi amalan tenaga lestari.

鈥淣EA menjadi platform untuk mendidik, mempromosi dan menggalakkan penggunaan amalan tenaga lestari terbaik di pejabat, kilang, bangunan dan institusi kewangan,鈥 katanya.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani.

The post Kepakaran Penyelidik 糖心原创 Rangkul Anugerah di NEA first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Pelaksanaan EKSA Wujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif /news/Latest_News/pelaksanaan-eksa-wujudkan-persekitaran-kerja-yang-kondusif/ Wed, 08 Mar 2023 08:31:00 +0000 /news/?post_type=news&p=24244 Oleh Murniati Abu Karim Foto Ikhwan Hashim BANGI, 7 Mac 2023 鈥 Gotong-royong perdana bagi melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor AwamBaca Selanjutnya

The post Pelaksanaan EKSA Wujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 7 Mac 2023 鈥 Gotong-royong perdana bagi melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat di universiti.

Inisiatif Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-糖心原创) ini dilaksanakan secara beperingkat dengan fasa pertama melibatkan penyertaan 13 Pusat Tanggungjawab (PTJ) rintis yang menjadi pemula kepada pelaksanaan EKSA.

Pendaftar, Dato’ Dr Syed Kamarudin Sadakkuthula berkata penerapan nilai dan elemen EKSA diharapkan memberi impak yang positif kepada pihak berkepentingan terutamanya terhadap peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen oleh warga 糖心原创.

鈥淥bjektif dan matlamat 鈥楪o Green鈥 di dalam pelaksanaan EKSA ini harus dilihat secara inklusif selari dengan salah satu Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals yang turut menjadi tanda aras dalam garis panduannya.

鈥淧elaksanaan EKA ini juga merupakan satu aspirasi yang mendukung kepada kebitaraan i-Minda dibawah prakarsa advokasi di dalam Pelan Strategik TERAS 糖心原创.

鈥淪aya yakin, pengemblengan idea dan usaha daripada lebih 10,000 kakitangan 糖心原创 akan dapat menjayakan inisiatif EKSA 糖心原创 dengan semangat dan sinergi yang utuh,鈥 katanya.

Dalam merealisasikan pencapaian EKSA ini, Jawatankuasa Induk dan Pelaksana EKSA 糖心原创 telah dibentuk untuk merancang dan melaksanakan aktiviti vagi membentuk sistem persekitaran berkualiti.

Hadir sama, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti Prof Madya Dr Roziah Sidik @ Mat Sidek dan Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian), Pusat Strategi, Prof Madya Dr Azmul Fahimi Kamaruzaman.

The post Pelaksanaan EKSA Wujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Dana Wakaf Ilmu 糖心原创 Lancar Kempen 鈥楯om Imbas dan Wakaf RM1鈥 /news/Latest_News/dana-wakaf-ilmu-ukm-lancar-kempen-jom-imbas-dan-wakaf-rm1/ Wed, 08 Mar 2023 08:23:15 +0000 /news/?post_type=news&p=24238 Oleh Murniati Abu Karim Foto Ikhwan Hashim BANGI, 8 Mac 2023 鈥 Dana Wakaf Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia (DWI糖心原创) melancarkanBaca Selanjutnya

The post Dana Wakaf Ilmu 糖心原创 Lancar Kempen 鈥楯om Imbas dan Wakaf RM1鈥 first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 8 Mac 2023 鈥 Dana Wakaf Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia (DWI糖心原创) melancarkan kempen 鈥楯om Imbas dan Wakaf RM1鈥 sempena Sambutan Bulan Wakaf 糖心原创 bagi memupuk budaya berwakaf, bersedekah dan menyumbang dalam kalangan warga universiti.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha 糖心原创 untuk mengadaptasi konsep kampus digital melalui Kempen Kampus Tanpa Tunai yang telah dilancarkan pada 1 Februari lalu.

鈥淜ini, warga 糖心原创 boleh berwakaf hanya dengan mengimbas imej QR Code.

鈥淛angan dilihat kepada nilai RM1 itu tapi lihatlah kepada usaha yang diterapkan bagi membudayakan sifat bersedekah atau berwakaf tanpa mengira nilai,鈥 katanya.

Beliau yang meramikan majlis tersebut menekankan bahawa wakaf merupakan satu ibadah yang amat dituntut dalam agama Islam.

鈥淢anfaat yang diterima daripada wakaf mampu dinikmati oleh pelbagai masyarakat berbilang bangsa dan juga agama di negara kita.

鈥淪elain daripada membantu meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi negara, wakaf juga terbukti menjadi satu bentuk penyelesaian jangka panjang bagi perkembangan institusi pendidikan khususnya melalui sumber penjanaan yang menjamin pertumbuhan berterusan universiti.

鈥淧erkembangan dan kejayaan wakaf ini mampu dilihat dengan mengambil contoh wujudnya Universiti Al-Azhar, Mesir,鈥 katanya.

Antara program yang diadakan adalah forum Wakaf yang bertajuk 鈥榃akaf Untuk Pembangunan Masyarakat Madani鈥.

Forum yang dipengerusikan oleh Encik Abu Bakar Yang, Pengurus Wakaf Yayasan Canselor ini menampilkan Professor Datuk Dr. Akram Laldin, Pengerusi ASNB Wakalah Sdn. Bhd Permodalan Nasional Berhad, Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor serta, Ustaz Elyas Ismail, Pengarah High Step Consultan.

Sambutan anjuran Yayasan Canselor ini merupakan sambutan tahunan yang telah dianjurkan bermula pada tahun 2020. Sambutan pada tahun ini adalah dengan penglibatan dan tajaan rakan industri 糖心原创 iaitu Permodalan Nasional Berhad.

The post Dana Wakaf Ilmu 糖心原创 Lancar Kempen 鈥楯om Imbas dan Wakaf RM1鈥 first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
糖心原创 Capai 110 Peratus Penjanaan Tahun 2022 /news/Latest_News/ukm-capai-110-peratus-penjanaan-tahun-2022/ Mon, 06 Mar 2023 00:47:10 +0000 /news/?post_type=news&p=24224 Oleh Murniati Abu Karim Foto Izwan Azman BANGI, 1 Mac 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) mencapai 110 peratus pencapaianBaca Selanjutnya

The post 糖心原创 Capai 110 Peratus Penjanaan Tahun 2022 first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 1 Mac 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) mencapai 110 peratus pencapaian penjanaan pada tahun 2022 bersamaan RM534 juta sekaligus melebihi sasaran pada tahun tersebut iaitu RM484 juta.

Pencapaian ini diumumkan oleh Naib canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman di Bengkel Pembentangan Strategi Penjanaan Pendapatan Fakulti/Institut/Pusat/Kolej/Hospital 糖心原创 Tahun 2023, anjuran JANA@糖心原创.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mac ini membincangkan secara terperinci bagaimana agenda penjanaan pendapatan di peringkat universiti dapat direalisasikan.

Menurutnya, universiti perlu menggerakkan inisiatif penjanaan pendapatan bagi melestarikan kewangan universiti agar universiti boleh berkembang maju dengan sumber kewangan yang kukuh dalam keadaan ekonomi global yang semakin mencabar.

鈥淜elestarian penjanaan atau pendanaan pendapatan merupakan salah satu agenda utama universiti yang perlu dicapai dan dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan semua pihak dalam universiti di pelbagai peringkat.

鈥淧elbagai strategi dan aktiviti dirancang serta dilaksanakan untuk memastikan kemampanan penjanaan dan keuntungan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada peruntukan kerajaan.

鈥淪elain daripada yuran pengajian dan peruntukan kerajaan, penjanaan pendapatan adalah melalui program pendidikan (selain yuran pengajian), geran penyelidikan, perniagaan universiti, rundingan, penyewaan aset, endowmen, kursi, wakaf dan meningkatkan jumlah penjimatan,鈥 katanya.

Tambahnya, universiti mempunyai pelbagai sumber penjanaan pendapatan dilaksanakan untuk meningkatkan pelaburan yang menguntungkan.

鈥淪kop penjanaan di universiti tidak terhad kepada penjimatan, aktiviti penyelidikan, perundingan, pengurusan prasarana, penawaran program akademik dan penganjuran program yang bersifat latihan semata-mata.

鈥淎ntara aktiviti penjanaan pendapatan yang dikenalpasti di universiti termasuk penawaran program akademik dan penganjuran seminar serta kursus; pengewangan aset; perkhidmatan kepakaran; penyewaan ruang, kemudahan, peralatan dan tanah; pelaburan; penjualan produk dan pengkomersialan produk penyelidikan; pengembangan perniagaan; penyediaan perkhidmatan (pelbagai); filantropi dan kedermawanan; dana wakaf; dan tajaan/biasiswa,鈥 katanya.

The post 糖心原创 Capai 110 Peratus Penjanaan Tahun 2022 first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
糖心原创, Wilayah Riau Jalin Kerjasama Perkukuh Sektor Pendidikan Tinggi /news/Latest_News/ukm-wilayah-riau-jalin-kerjasama-perkukuh-sektor-pendidikan-tinggi/ Mon, 06 Mar 2023 00:33:36 +0000 /news/?post_type=news&p=24218 Oleh Asmahanim Amir Foto Shahiddan Saidi BANGI, 2 Mac 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan &Baca Selanjutnya

The post 糖心原创, Wilayah Riau Jalin Kerjasama Perkukuh Sektor Pendidikan Tinggi first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 2 Mac 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (糖心原创Shape) memperkukuhkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi dengan institusi pendidikan di Wilayah Riau, Indonesia terutamanya dalam pemberian biasiswa untuk pelajar Indonesia yang ingin mengikuti program prasiswazah dan pascasiswazah di 糖心原创.

Kerjasama itu dibincangkan pada Majlis Lawatan Rasmi Gubernur Riau, Indonesia dan Perbincangan antara 糖心原创, Pemerintah Provinsi Riau serta wakil dari Riau Petroleum, Indonesia yang dihadiri oleh Timbalan Naib CanselorHal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim dan Gubernur Provinsi Riau, Republik Indonesia, Drs. H. Syamsuar, M. Si.

Menurut Prof. Dr. Mohammad, pemberian biasiswa itu adalah satu inisiatif yang akan meningkatkan kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua negara di samping memberi peluang kepada pelajar Indonesia melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di Malaysia.

鈥淧rogram biasiswa yang dibincangkan ini dijangka meliputi yuran pengajian, penginapan dan kos sara hidup bagi pelajar Indonesia yang layak diterima masuk ke program prasiswazah dan pascasiswazah di 糖心原创.

鈥淚ni akan memberikan mereka sokongan kewangan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran tanpa perlu risau tentang kos sara hidup dan pengajian di negara asing,鈥 katanya.

Beliau berkata kunjungan Gabenor Syamsuar ke 糖心原创 adalah langkah positif ke arah mengeratkan hubungan Indonesia dan Malaysia dalam sektor pendidikan.

鈥淟awatan ini juga diharapkan akan membawa kepada pembangunan kerjasama jangka panjang antara 糖心原创 dan universiti di Wilayah Riau,鈥 katanya.

Prof. Dr. Mohammad memaklumkan bahawa terdapat 30 orang pelajar Indonesia khasnya dari Riau sedang mengikuti pengajian di 糖心原创 dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Drs. H. Syamsuar menyokong inisiatif tersebut dan menggalakkan pelajar Indonesia memanfaatkan peluang itu sebaiknya.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara universiti di Indonesia dan Malaysia, yang boleh membantu memupuk persefahaman bersama dan menggalakkan kecemerlangan akademik di rantau ini.

Pada majlis ini turut diadakan pemeteraian Surat Hasrat (LoI) sebagai sokongan kerjasama antara kedua-dua pihak.

The post 糖心原创, Wilayah Riau Jalin Kerjasama Perkukuh Sektor Pendidikan Tinggi first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
Fakulti Perubatan Beri Pemeriksaan Kesihatan Buah Pinggang Percuma kepada Penduduk Sendayan /news/Latest_News/fakulti-perubatan-beri-pemeriksaan-kesihatan-buah-pinggang-percuma-kepada-penduduk-sendayan/ Mon, 06 Mar 2023 00:21:49 +0000 /news/?post_type=news&p=24211 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim SENDAYAN, 4 Mac 2023 – Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) memberi pemeriksaan buahBaca Selanjutnya

The post Fakulti Perubatan Beri Pemeriksaan Kesihatan Buah Pinggang Percuma kepada Penduduk Sendayan first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

SENDAYAN, 4 Mac 2023 – Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) memberi pemeriksaan buah pinggang secara percuma kepada 250 pengunjung terawal yang hadir ke Program Khidmat Masyarakat Sempena Hari Buah Pinggang Sedunia, di Felda Sendayan, hari ini.

Pemeriksaan itu adalah inisiatif dan kerjasama antara Fakulti Perubatan 糖心原创 dengan Yayasan Negeri Sembilan, DaVita Malaysia, Aeon dan MPKK Kampung Felda Sendayan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustaffa berkata program seperti itu adalah sangat penting dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan buah pinggang dan tindakan pencegahan yang perlu diambil.

鈥淪ebagai sebahagian daripada usaha menuju Malaysia Madani, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk memastikan kesihatan rakyat terjaga dan diperhatikan.

鈥淧olisi-polisi Kementerian Kesihatan seperti Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) dan Skim Peduli Kesihatan (PeKa) memainkan peranan penting dalam menyediakan akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan kesihatan dan penyaringan kesihatan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

鈥淪aya berharap program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk memberikan manfaat kepada masyarakat setempat dan keseluruhan negara,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian program tersebut, hari ini.

Beliau berkata kesihatan buah pinggang adalah aspek penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.

鈥淧ada kesempatan ini, saya ingin mengingatkan semua orang bahawa penyakit buah pinggang boleh dicegah melalui amalan gaya hidup yang sihat. Ia juga boleh dikesan dengan awal melalui pemeriksaan kesihatan berkala,鈥 katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata 糖心原创 sentiasa terbuka dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersesuaian dengan apa yang diketengahkan dalam elemen TERAS Watan 糖心原创 di bawah Prakarsa Prihatin, iaitu 糖心原创 akan terus berkhidmat untuk masyarakat dengan lebih komited dan menyeluruh.

鈥淢elalui TERAS ini juga, ia bertujuan untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan-kawasan terpencil melalui program-program pembangunan dan khidmat masyarakat,鈥 katanya.

Katanya, beliau berharap agar program itu berjaya mencapai objektif yang disasarkan serta mampu membantu masyarakat dan memperkukuhkan lagi hubungan yang baik antara universiti dan masyarakat setempat.

Antara aktiviti yang diajalankan sepanjang program itu berlangsung adalah saringan kesihatan dan konsultasi kesihatan bersama pakar perubatan secara percuma, pertandingan mewarna, mini explorace, pertandingan masakan menu sihat serta cabutan bertuah.

Turut hadir ke program itu ialah Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam.

The post Fakulti Perubatan Beri Pemeriksaan Kesihatan Buah Pinggang Percuma kepada Penduduk Sendayan first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>
糖心原创 Serah Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air kepada Kampung Labu Lanjut /news/Latest_News/ukm-serah-telaga-tiub-dan-sistem-tapisan-air-kepada-kampung-labu-lanjut/ Wed, 01 Mar 2023 04:30:49 +0000 /news/?post_type=news&p=24197 Oleh Nabila Nurnatasya Ibrahim Foto oleh Kamarul Arifin Mohd. Sanusi SEPANG, 1 Mac 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menyerahkanBaca Selanjutnya

The post 糖心原创 Serah Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air kepada Kampung Labu Lanjut first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>

Oleh
Nabila Nurnatasya Ibrahim
Foto oleh Kamarul Arifin Mohd. Sanusi

SEPANG, 1 Mac 2023Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) menyerahkan Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air bagi memberi manfaat penyaluran air kepada 12,000 orang penduduk setempat di sekitar Masjid Asy-Syakirin, Kampung Labu Lanjut, Sepang.

Projek Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air itu adalah kerjasama antara Yayasan Canselor dan Fakulti Sains dan Teknologi 糖心原创, melalui hasil sumbangan Dana Amal Jariah Etiqa General Takaful Berhad sebanyak RM195,500.00

Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah berkata, kerjasama antara 糖心原创 dan Etiqa General Takaful Berhad merupakan satu usaha murni bagi menyantuni masyarakat dan contoh jalinan kerjasama dalam menyokong hasrat kerajaan Malaysia iaitu melahirkan sebuah negara yang bersifat Madani.

鈥淚ni adalah antara usaha murni dalam menyantuni masyarakat yang menjadi agenda Kerajaan Negeri Selangor khususnya, dan juga pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sekiranya dapat dilaksanakan bersama dengan kerjasama semua pihak seperti komuniti kampung, daerah dan negeri, serta agensi-agensi kerajaan, maka ia akan mencapai satu matlamat untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang teknologi, keharmonian, ukhwah di antara penjawat awam, agensi kerajaan dan masyarakat.

鈥淪aya bagi pihak kerajaan Negeri Selangor, mengucapkan terima kasih kepada 糖心原创 dan Etiqa, kerana sudi dan聽 memberi perhatian khususnya kepada daerah Sepang Negeri Selangor untuk bekerjasama,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Program 糖心原创@ Labu Lanjut sempena Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air, di sini, baru-baru ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada 糖心原创 yang turut menganjurkan program Sunathon di kawasan tersebut. Seramai 57 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga B40 menyertai program ini.

鈥淧rogram Sunathon ini amat membantu masyarakat di kawasan luar bandar dan golongan B40 yang tidak berkemampuan kerana kini kos untuk berkhatan adalah sekitar RM200. Sekiranya anak melebihi daripada seorang, kos bersunat akan meningkat.

鈥淒engan usaha antara agensi-agensi, badan berkanun dan swasta, maka kita dapat meringankan beban masyarakat,鈥 katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata kerjasama itu menyediakan platform bagi pakar-pakar dalam pelbagai bidang di 糖心原创 menyumbang ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada komuniti.

鈥淒engan pembiayaan oleh pihak Etiqa General Takaful Berhad, pakar-pakar 糖心原创 berganding bahu dalam memastikan air yang diperolehi berkualiti tinggi dan menepati standard jaminan kesihatan kepada pengguna. Telaga tiub ini akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk kawasan ini,鈥 katanya.

Pada program itu juga, pihak 糖心原创 turut memberi sumbangan bakul makanan melalui Dana Wakaf Ilmu 糖心原创 (DWI糖心原创), Pusat Zakat 糖心原创 dan Syarikat Terrain Resources Sdn. Bhd., yang diserahkan kepada 100 keluarga asnaf di kampung tersebut.

The post 糖心原创 Serah Telaga Tiub dan Sistem Tapisan Air kepada Kampung Labu Lanjut first appeared on 糖心原创 News Portal.]]>