26 Mac 2026 – Sinergi LESTARI-KADA: Memacu Kelestarian Melalui Inovasi Penyelidikan

26 Mac 2026 – Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), ÌÇÐÄÔ­´´ telah mengadakan lawatan kerja rasmi selama 3 hari bermula daripada 24 hingga 26 Mac 2026 ke Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kota Bharu, Kelantan bagi menyempurnakan proses penutupan geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Aktiviti utama adalah melibatkan penyerahan Laporan Akhir Kajian secara rasmi oleh Ketua Projek, Dr. Nor Diana Mohd Idris, kepada pihak KADA sebagai rekod penutupan geran yang sistematik. Selain itu, sesi perbincangan dua hala turut diadakan bagi menyelaraskan tindakan susulan hasil dapatan kajian serta membincangkan hala tuju kerjasama strategik jangka panjang.

Program ini bukan sekadar simbolik penutupan projek, malah menjadi pemangkin kepada potensi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara LESTARI dan KADA pada masa hadapan. Melalui kolaborasi ini, impak penyelidikan dapat diterjemahkan kepada tindakan nyata yang mampu mengukuhkan hubungan institusi serta menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian yang lebih lestari.

Disediakan oleh Dr. Nor Diana Mohd Idris
26 Mac 2026