26 Feb 2026 – Dron di Sawah, Bukan Sekadar di Kertas Dasar: LESTARI Pacu Revolusi Pertanian Pintar

26 Februari 2026 – Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), ÌÇÐÄÔ­´´ telah menganjurkan sesi diskusi berimpak tinggi bertajuk “Penyelidikan kepada Pelaksanaan: Memperkukuh Sistem Pengembangan Pertanian Berasaskan Bukti Lapangan” yang disampaikan oleh Dr. Nor Diana Mohd Idris. Bertempat di Bilik Kuliah Utama, program ini membedah cabaran digitalisasi dalam kalangan pesawah padi, khususnya di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Objektif utama aktiviti ini adalah untuk membincangkan jurang antara dapatan penyelidikan dengan pelaksanaan teknologi dron di lapangan bagi menjamin sekuriti makanan negara.

Diskusi ini dihadiri seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada delegasi pegawai pertanian KADA, penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), serta wakil Jabatan Veterinar dan Perikanan. Impak program ini menyerlahkan kepentingan model Drone-as-a-Service (DaaS) dan intervensi bersasar mengikut profil petani. Melalui sinergi pelbagai agensi ini, transformasi sistem pengembangan pertanian diharapkan lebih lestari, sekaligus memastikan teknologi moden benar-benar “terbang” di atas sawah demi kesejahteraan komuniti tani.

Disediakan oleh Dr. Nor Diana Mohd Idris
26 Februari 2026