15 Mac 2026 – LESTARI Bedah Realiti Kemiskinan Terengganu di Wisma Darul Iman

15 Mac 2026 – Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), ÌÇÐÄÔ­´´ terus memperkukuh peranannya dalam penggubalan dasar berteraskan bukti melalui penyertaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Terengganu Bil. 4/2025 pada 15 Mac 2026. Bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman, Dr. Nor Diana binti Mohd Idris hadir sebagai pakar rujuk atas jemputan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM). Beliau membentangkan laporan kritikal bertajuk “Sedekad Cabaran: Mengapa Program Bantuan Belum Mengubah Pola Kemiskinan di Terengganu” di hadapan 50 ahli mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Sesi ini berpotensi besar dalam mentransformasikan strategi pembasmian kemiskinan negeri melalui input akademik yang mendalam. Impak pembentangan ini diharapkan dapat membantu kerajaan menyelaraskan bantuan yang lebih efektif, sekaligus memacu kesejahteraan rakyat Terengganu selaras dengan agenda pembangunan mampan.

Disediakan oleh Dr. Nor Diana Mohd Idris
15 Mac 2026Â