12 Mac 2026 – Pelancaran Biogeotrail Kubang Badak: Jejak Geotaman Imersif Pertama Malaysia Berasaskan 3DGS
12 Mac 2026 – Satu inisiatif inovatif telah berjaya dilancarkan melalui kerjasama di antara Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), ÌÇÐÄÔ´´; Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-ÌÇÐÄÔ´´); dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam satu Majlis Pelancaran Laman Web Eksplorasi Biogeotrail Kubang Badak yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-ALAF). Program ini bertujuan memperkenalkan jejak geotaman imersif pertama di Malaysia menggunakan teknologi 3D Gaussian Splatting (3DGS) di kawasan Biogeotrail Kubang Badak, yang terletak dalam gagasan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp).

Selain pelancaran laman web eksplorasi digital, program ini turut merangkumi sesi perkongsian ilmu berkaitan literasi digital dan pemasaran pelancongan dalam kalangan 130 orang komuniti LUGGp yang hadir melalui satu ‘Bengkel Komuniti dan Pemindahan Teknologi Biogeotrail Kubang Badak Berasaskan Aplikasi Realiti Maya’ pada hari yang sama. Inisiatif yang dilancarkan ini membolehkan dan memberi peluang kepada para pengguna untuk meneroka warisan geologi, biodiversiti dan budaya secara maya melalui platform interaktif.

Program yang diusahakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim dan pasukan penyelidik ini berpotensi meningkatkan promosi pelancongan lestari, memperkasakan komuniti setempat melalui teknologi digital, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan pemeliharaan warisan alam secara inovatif.
Pautan Berita RTM:
Pautan Berita 2 RTM:
Pautan Laman Web Eksplorasi Biogeotrail Kubang Badak
Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
12 Mac 2026