12 Februari 2026 – Wacana Polisi Iklim: Prof. Joy Kongsi Kepakaran IPCC di Putrajaya

12 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan panel berimpak tinggi yang memfokuskan kepada tindakan dan dasar perubahan iklim bertajuk “From Ambition to Delivery: Rethinking Climate Governance for a Whole-of-Nation Transition” telah berlangsung di Zenith Hotel, Putrajaya. Dalam sesi ini, Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira telah memainkan peranan penting sebagai ahli panel utama. Beliau menyumbang input yang sangat bernilai mengenai penilaian saintifik Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC). Sesi ini turut diperkaya dengan penampilan wakil dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor (SCAC) yang mengupas pengalaman dasar persekutuan serta realiti pelaksanaan di peringkat negeri.

Impak program ini amat bermakna kerana ia berjaya menghubungkan tiga tonggak utama: sains global, dasar persekutuan, dan pelaksanaan tempatan. Wacana komprehensif ini bukan sahaja memperkaya pemahaman para peserta, malah memacu kapasiti pelbagai pihak untuk menterjemahkan matlamat kelestarian negara kepada tindakan dunia sebenar yang berkesan.

Disediakan oleh Puteri Amirah Nabilah Azman
12 Februari 2026Â