11 Mac 2026 – Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) mengenai Garis Dasar ESG bagi Sektor Minyak Sawit

11 Mac 2026 – Lanjutan daripada sesi perbincangan meja bulat yang telah diadakan pada Februari 2026 yang lalu, pasukan penyelidik di bawah Geran Penyelidikan Kerusi Endowment MPOB-ÌÇÐÄÔ´´ sekali lagi menghimpunkan kumpulan pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, pihak industri dan perniagaan, wakil komuniti serta barisan ahli akademik, kali ini dalam satu sesi Focus Group Discussion on ESG Baselines for the Palm Oil Sector yang dianjurkan secara atas talian. Sesi ini dikendalikan oleh Dr. Minhaz Farid Ahmed dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), ÌÇÐÄÔ´´ dan Prof. Madya Chen Jit Ern dari Jeffrey Sachs Centre on Sustainable Development (JSC), Sunway University, selaku Ketua Projek Bersama.
Sesi ini antaranya membincangkan situasi di mana banyak pelaporan syarikat mengenai pelepasan air dan efluen telah mengikut Inisiatif Pelaporan Global (GRI) menggunakan metodologi yang digariskan dalam piawaian seperti ISO. Selain itu, perbincangan turut melihat kepada kelemahan struktur serta aspek konsistensi, kebolehauditan dan perbandingan pelaporan. Sebagai contoh, pemilikan metrik ESG sering kali tidak jelas dan bersifat kabur. Walaupun pelbagai data seperti keamatan pelepasan gas rumah hijau (GHG), keamatan penggunaan air, keamatan tenaga, serta keluasan tanah yang diperakui telah tersedia, isu utama terletak pada aspek akauntabiliti. Tanggungjawab terhadap ketepatan data dan penetapan sempadan pelaporan lazimnya tersebar merentasi pelbagai fungsi organisasi.
Disediakan oleh Dr. Minhaz Farid Ahmed
11 Mac 2026