Siri Jelajah Ilmu KITA 2026/1: Memahami Bangsa Johor dan Perpaduan, 31 Mac 2026

Institut Kajian Etnik melalui Kelab Pejabat KITA (KeKITA) telah menganjurkan Siri Jelajah Ilmu KITA 2026/1 telah dijalankan dari 31 Mac hingga 2 April 2026 di Johor Bahru, Johor. Dengan tema “Memahami Bangsa Johor dan Perpaduan”, program ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan ahli KeKITA melihat dan mengalami sendiri kepelbagaian budaya dan hubungan antara etnik masyarakat di negeri Johor melalui perspektif perpaduan dan kesepaduan nasional yang menjadi fokus utama penyelidikan dan advokasi akademik di KITA. Antara lokasi utama yang dilawati termasuk Kuil Lama Johor, Kota Jail. Masjid Sultan Abu Bakar, Rumah Limas Johor, Skyscape Johor Bahru dan Restoran Kacang Pool Haji.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG3 dan SDG10 selain daripada selari dengan keperluan aktiviti Healthy University Rating System (HURS) anjuran ASEAN University Network (AUN).