Pelantikan baharu: Pn. Bahirah Syazana Mohamad Zan, 3 Mac 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa KITA telah menerima kakitangan baharu Pn. Bahirah Syazana Mohamad Zan sebagai Penolong Pegawai Tadbir N5 di KITA mulai 3 Mac 2026. Beliau diberi tanggungjawab berkaitan pengoperasian Kursi Tun Dr. Ismail selain membantu KITA dalam hal-ehwal penerbitan.

Seluruh warga KITA mengucapkan selamat datang dan selamat menjalan tugas buat Pn. Sya.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG8.