Berita – KASES, LESTARI ÌÇÐÄÔ­´´ /kases Universiti Kebangsaan Malaysia (ÌÇÐÄÔ­´´) Mon, 30 Mar 2026 02:39:38 +0000 en-GB hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 12 Feb 2026 – Bandar Pintar: Infrastruktur Canggih, Tetapi Tadbir Urus Sudah Sedia? /kases/news/12-feb-2026-bandar-pintar-infrastruktur-canggih-tetapi-tadbir-urus-sudah-sedia/ Thu, 12 Feb 2026 02:33:58 +0000 /kases/?post_type=news&p=1763 ...]]>

12 Februari 2026 – Bandar pintar bukan sekadar soal teknologi dan aplikasi digital, tetapi soal mandat, legitimasi dan kejelasan hala tuju pembangunan negara. Itulah intipati Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi Kajian Blueprint Bandar Pintar Negara 2026–2040 yang dianjurkan oleh UniPlan Consult Sdn. Bhd. pada 12 Februari 2026 di Mercure Living Putrajaya, yang diketuai oleh Prof. Amran Hamzah (UTM). Sesi ini menghimpunkan wakil pelbagai kementerian dan agensi termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Digital, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), PLANMalaysia, Jabatan Digital Negara, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) serta agensi teknikal lain.

Perbincangan meneliti kejelasan mandat, keutamaan agenda, peruntukan pelaksanaan serta jurang antara hasil keluaran (output) dan impak sebenar (outcome). Dr. Nadzirah Hosen sebagai perunding sosioekonomi dan masyarakat dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) menegaskan bahawa tanpa penyelarasan strategik dan pendekatan berpusatkan rakyat (citizen-centric), aspirasi Negara Pintar 2040 (Smart Nation 2040) berisiko kekal sebagai visi di atas kertas. Blueprint baharu perlu membentuk ekosistem pintar yang inklusif dan mampan.

Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
12 Februari 2026 

]]>
9 Feb 2026 – Bengkel Pasca-Persidangan Saintis Muslim Serantau /kases/news/9-feb-2026-bengkel-pasca-persidangan-saintis-muslim-serantau/ Mon, 09 Feb 2026 02:32:23 +0000 /kases/?post_type=news&p=1759 ...]]>

9 Februari 2026 – Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah, Felo Kanan di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), ÌÇÐÄÔ­´´ telah dijemput bagi menghadiri Post-Regional Muslim Scientists Conference Workshop pada 9 Februari 2026. Bengkel yang telah berlangsung di Hotel Mardhiyah, Shah Alam, Selangor itu merupakan program susulan kepada Regional Muslim Scientists Conference yang telah berlangsung pada 17-18 November 2025. Bengkel tersebut bertujuan untuk memperkukuh jaringan kerjasama, membincangkan hala tuju penyelidikan berimpak tinggi serta menterjemahkan resolusi persidangan kepada pelan tindakan yang lebih praktikal.

Program ini merangkumi sesi perbincangan mengenai cabaran semasa dunia sains, pembentangan hasil dari perbincangan tersebut termasuk strategi penyelidikan, serta pembangunan kapasiti seperti penulisan saintifik dan pengkomersialan hasil kajian. Bengkel ini membuka ruang kolaborasi rentas institusi dan negara, meningkatkan potensi perkongsian kepakaran serta pemindahan teknologi, di samping memperkukuh integrasi nilai etika dalam penyelidikan. Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi SDG 17: Partnerships for the Goals, yang menekankan kepentingan kerjasama strategik, perkongsian sumber dan jaringan global dalam memastikan pembangunan lestari dapat dicapai secara kolektif dan berimpak tinggi.

Disediakan oleh PM Dr. Saiful Arif Abdullah
9 Februari 2026 

]]>
8 Feb 2026 – Merangka Arah Tuju Program Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2026 /kases/news/8-feb-2026-merangka-arah-tuju-program-sekolah-mampan-kuala-lumpur-2026/ Sun, 08 Feb 2026 02:28:34 +0000 /kases/?post_type=news&p=1756 ...]]>

8 Februari 2026 – Bengkel Penyelarasan dan Pemantapan Program Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2026 Local Action 21 Kuala Lumpur (LA21KL) anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dijalankan pada 6 hingga 8 Februari 2026 di Melaka untuk membuat persiapan bagi proses penarafan dan penilaian Sekolah Mampan Kuala Lumpur. Perbincangan yang berlangsung memberikan fokus kepada tatacara untuk penarafan sekolah bagi menentukan bilangan sekolah yang akan dilawat untuk penilaian terperinici. Kaedah penarafan dan teknik rubrik penilaian turut dibincangkan bagi memastikan ketepatan penarafan dan penilaian yang akan dilaksanakan.

Selain itu, bengkel ini juga membincangkan program dan aktiviti di bawah Jawatankuasa Sekolah Mampan Kuala Lumpur untuk dilaksanakan bersama sekolah-sekolah di Kuala Lumpur bagi tahun 2026. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada pegawai DBKL, pakar akademik, pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS), pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), guru-guru sekolah sekitar Kuala Lumpur dan badan bukan kerajaan telah hadir menyertai bengkel ini.

Disediakan oleh Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
8 Februari 2026 

]]>
29 Jan 2026 – Merangka Kerja untuk Pengurusan Hutan Negeri Kedah /kases/news/29-jan-2026-merangka-kerja-untuk-pengurusan-hutan-negeri-kedah/ Thu, 29 Jan 2026 02:26:07 +0000 /kases/?post_type=news&p=1751 ...]]>

29 Januari 2026 – Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) bersama Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan ÌÇÐÄÔ­´´ Pakarunding sedang menjalankan kajian untuk menyediakan dokumen Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Kedah 2026-2035. Kerja lapangan awal di Hutan Paya Sungai Merbok dan Gunung Jerai telah dilaksanakan pada 25 dan 26 Januari 2026 bagi menentukan status semasa pengurusan hutan di kawasan ini.

Sejurus selepas itu pula, satu bengkel bersama pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah dianjurkan pada 27 hingga 29 Januari 2029 bagi merancang kerja penyelidikan dan kerja lapangan lanjutan untuk menyediakan dokumen RPH Negeri Kedah 2026-2035 ini. Bengkel telah dirasmikan oleh Tuan Haji Othman bin Deris, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah dan disertai oleh seramai 26 pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan 7 orang penyelidik dari ÌÇÐÄÔ­´´.

Disediakan oleh Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
29 Januari 2026 

]]>
22 Jan 2026 – Homestay Malaysia: Perlu Diselamatkan atau Disusun Semula? /kases/news/22-jan-2026-homestay-malaysia-perlu-diselamatkan-atau-disusun-semula/ Thu, 22 Jan 2026 02:23:42 +0000 /kases/?post_type=news&p=1747 ...]]>

22 Januari 2026 – Homestay Malaysia tidak sekadar perlu dihidupkan semula, tetapi perlu dibangunkan dengan hala tuju yang lebih jelas dan beridentiti. Itulah nada yang muncul dalam Sesi Perbincangan Hala Tuju Pementoran Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) di Putrajaya pada 22 Januari 2026. Dr. Nadzirah Hosen dari Institut Alam sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dijemput sebagai pakar rujuk bersama Prof. Amran Hamzah dari Universiti Teknologi Malaysia dan Mr. Lee Choon Loong dari industri pelancongan bagi menilai semula masa depan program ini pasca pandemik COVID-19.

Fokus perbincangan bukan lagi kepada jumlah pendaftaran, tetapi kepada kapasiti sebenar, komitmen komuniti dan keunikan (unique selling proposition) setiap homestay. Miso Walai Village Homestay di bawah KOPEL Kinabatangan, Sabah diketengahkan sebagai inspirasi apabila pendekatan pemulihan hutan dan pelancongan regeneratif (regenerative tourism) membolehkan komuniti menjana pendapatan melalui pemulihan hijau (green recovery) walaupun tanpa pelancong. Masa depan homestay Malaysia memerlukan identiti kukuh, daya tahan dan nilai pengalaman yang benar-benar bermakna.

Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
22 Januari 2026 

]]>
22 Jan 2026 – Membentuk Pelan Pengurusan Bersepadu (IMP) Tanah Gambut Pahang Tenggara 2026-2035 /kases/news/22-jan-2026-membentuk-pelan-pengurusan-bersepadu-imp-tanah-gambut-pahang-tenggara-2026-2035/ Thu, 22 Jan 2026 02:22:03 +0000 /kases/?post_type=news&p=1743 ...]]>

22 Januari 2026 – Kajian tentang Penilaian Semula dan Pembangunan Pelan Pengurusan Bersepadu (IMP) Tanah Gambut Pahang Tenggara 2026-2035 telah dilaksanakan oleh Kumpulan Penyelidik ÌÇÐÄÔ­´´ bermula tahun Disember 2024 dan berakhir pada 28 Februari 2026. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Harry Yong, Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Bengkel yang dianjurkan pada 21 hingga 22 Januari 2026 ini bertujuan untuk mengesahkan strategi dan pelan tindakan yang telah dibangunkan oleh kumpulan penyelidik dalam memastikan Pelan Pengurusan Bersepadu (IMP) Tanah Gambut Pahang Tenggara untuk tempoh 2026 hingga 2035 dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri Pahang dan penduduk sekitar kawasan hutan paya gambut, serta yang lebih utama memenuhi keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan untuk ekosistem hutan dan kepelbagaian biologi hutan paya gambut di Pahang Tenggara.

Seramai 32 orang peserta telah hadir sepanjang bengkel ini berlangsung. Peserta yang hadir mewakili pelbagai agensi Kerajaan Negeri Pahang, termasuk wakil daripada Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri Pahang. Secara umumnya, perbincangan dan cadangan daripada peserta telah membantu penyelidik untuk menambah baik beberapa strategi dan pelan tindakan untuk Pelan Pengurusan Bersepadu (IMP) Tanah Gambut Pahang Tenggara. Penyelidik LESTARI iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamed, Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed dan Prof. Madya Dr. Nuriah Abd Majid telah membentangkan hasil penyelidikan dalam bidang masing-masing dalam bengkel ini.

Disediakan oleh Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
22 Januari 2026

]]>
9 Januari 2026 – Bersediakah Pihak Berkuasa Tempatan Menghadapi Cabaran Pembangunan Masa Hadapan? /kases/news/bersediakah-pihak-berkuasa-tempatan-menghadapi-cabaran-pembangunan-masa-hadapan/ Fri, 09 Jan 2026 02:19:46 +0000 /kases/?post_type=news&p=1739 ...]]>

9 Januari 2026 – Pembangunan bandar dan komuniti tempatan kini berdepan cabaran baharu, daripada perubahan demografi hingga evolusi teknologi. Persoalannya, sejauh mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia benar-benar bersedia menghadapi pembangunan masa hadapan. Bagi menjawab persoalan ini, Kajian Pembangunan Blueprint Kemampanan Kerajaan Tempatan 2026-2040 dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Uni-Technologies Sdn. Bhd. selaku perunding utama serta penganjur mesyuarat dan bengkel. Kajian ini menilai tahap kesiapsiagaan PBT dalam menyesuaikan perancangan, kewangan, tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan kepada keperluan masyarakat yang semakin berubah.

Dalam kajian ini, Dr. Nadzirah Hosen dari LESTARI, ÌÇÐÄÔ­´´ berperanan sebagai perunding sosio-ekonomi dan pembangunan masyarakat dengan fokus kepada unjuran demografi masa hadapan, keupayaan PBT menyesuaikan perkhidmatan dan penglibatan komuniti. Bengkel intensif di Universiti Teknologi Malaysia menjadi fasa awal kajian yang menumpukan analisis literatur dan amalan terbaik antarabangsa berkaitan kemampanan PBT. Secara keseluruhan, aktiviti ini menyediakan asas konseptual yang kukuh bagi pembangunan Blueprint yang realistik dan boleh dilaksanakan secara nasional.

Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
9 Januari 2026  

]]>
Selamat Tahun Baru 2026 – Tahun Baharu, Tekad Baharu Menuju Kecemerlangan /kases/news/selamat-tahun-baru-2026/ Thu, 01 Jan 2026 02:55:43 +0000 /kases/?post_type=news&p=1701 ...]]>

Sempena kedatangan tahun baharu, KASES merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen, dedikasi serta sumbangan berterusan dari semua pihak dalam memperkasa kecemerlangan akademik, penyelidikan dan perkhidmatan sepanjang tahun yang lalu.

Tahun baharu ini diharap menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh budaya ilmu, inovasi dan pemikiran kritis, selari dengan aspirasi pendidikan tinggi negara serta tuntutan global yang kian mencabar. Marilah kita melangkah ke hadapan dengan iltizam yang lebih kukuh, semangat kolaboratif dan keazaman untuk terus mencipta impak bermakna kepada masyarakat dan negara.

Semoga tahun ini membawa kesejahteraan, kejayaan dan kelestarian kepada seluruh warga universiti. Bersama-sama kita terus melakar kecemerlangan dan membina masa depan yang gemilang melalui ilmu dan hikmah.

Selamat Tahun Baharu. Bersama Ilmu, Kita Membina Masa Depan.

 

]]>
Selamat Datang Dr. Nadzirah binti Hosen ke Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) /kases/news/selamat-datang-dr-nadzirah-binti-hosen-ke-pusat-penyelidikan-kelestarian-alam-sekitar-ekonomi-dan-sosial-kases/ Wed, 31 Dec 2025 01:53:11 +0000 /kases/?post_type=news&p=1714 ...]]>

Warga KASES berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan Dr. Nadzirah binti Hosen sebagai felo baru Pusat KASES bermula dari 31 Disember 2025. Kami berharap dengan ilmu dan kepakaran Dr. Nadzirah terutamnya dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah, Perancangan Pelancongan dan Pengetahuan Ekologi Traditional akan dapat menyumbang kepada pengukuhan kecemerlangan Pusat KASES.

]]>
LESTARI ÌÇÐÄÔ­´´ Perkasa Penulisan Jurnal Berwasit melalui penganjuran Bengkel : Navigating Academic Publishing: Writing for Peer-Reviewed Journals /kases/news/lestari-ukm-perkasa-penulisan-jurnal-berwasit-melalui-penganjuran-bengkel-navigating-academic-publishing-writing-for-peer-reviewed-journals/ Wed, 24 Dec 2025 02:40:29 +0000 /kases/?post_type=news&p=1718 ...]]> Jurnal merupakan salah satu bentuk penerbitan yang penting dalam menghebahkan hasil penyelidikan bukan sahaja kepada ahli akademik atau komuniti saintifik itu sendiri malah kepada pihak kerajaan, swasta dan industri. Justeru, menghasilkan satu penulisan jurnal yang baik, mantap dan berkualiti adalah asas yang amat penting agar ia mudah difahami dan memberi impak yang sewajarnya kepada yang berkepentingan.

Di LESTARI, pelajar siswazah perlu menghasilkan penerbitan dalam 3 bentuk jurnal hasil daripada penyelidikan yang mereka jalankan. Selain daripada itu, penerbitan jurnal juga merupakan salah satu syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar untuk bergraduat. Dalam hal ini, selain memenuhi syarat bergraduat adalah penting jurnal yang dihasilkan adalah berkualiti dari segi isi kandungan, gaya penyampaian dan yang lebih penting perlu melalui proses pentasyihan serta diterbitkan dalam jurnal yang mempunyai reputasi yang baik sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Namun pelajar memerlukan satu asas yang baik untuk memahami mengapa dan bagaimana menerbitkan hasil penyelidikan yang berkualiti dalam jurnal. Atas dasar tersebut, Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) mengambil initiatif untuk menganjurkan Bengkel : Navigating Academic Publishing: Writing for Peer-Reviewed Journal.

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada penerbitan ilimiah dalam jurnal berwasit serta membangunkan kemahiran pelajar dalam penulisan ilmiah serta proses penerbitan artikel dalam jurnal yang diiktiraf dan bereputasi tinggi.

Bengkel ini telah berjaya dianjurkan dengan penuh manfaat dan inspirasi dari 22 hingga 23 Disember 2025 yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah. Beliau telah berkongsi ilmu yang bernas dan memberikan pencerahan yang sangat bermakna kepada seramai 15 pelajar LESTARI yang hadir. Walaupun bengkel ini diadakan pada tarikh yang menghampiri musim perayaan natal, pelajar tetap hadir dan memberikan komitmen penuh serta ada yang sanggup melakukan perjalanan yang jauh demi menimba ilmu pengetahuan.

Semoga segala perkongsian ilmu dari bengkel ini dapat memberikan pendedahan yang jelas tentang landskap penerbitan akademik serta memperkukuh kefahaman, kemahiran penulisan, dan keyakinan peserta untuk menghasilkan manuskrip berkualiti bagi jurnal berwasit. Ianya diharapkan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti penerbitan akademik dalam kalangan peserta.

Laporan disediakan oleh
Ku Adriani Ku Ayob & Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah

 

]]>