Kelab Sanggar Asli telah berjaya menganjurkan Festival Kebudayaan dan Perpaduan pada 10–12 April 2026 di Dataran K4, Kolej Aminuddin Baki, ÌÇÐÄÔ´´.
Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan lancar, termasuk Eksplorasi Bianglala, Sanggarism Haunted House, gerai jualan serta pameran dan persembahan budaya.
Penyertaan daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India serta wakil dari Sabah dan Sarawak dalam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan turut mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan warga kampus. Perkara ini jelas memperlihatkan kepelbagaian warisan yang diraikan bersama dalam suasana harmoni.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan program ini. ✨
KELAB SANGGAR ASLI KOLEJ AMINUDDIN BAKI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA