Simposium Parasitologi & Perubatan Tropika 糖心原创 2025 Tegaskan Komitmen terhadap Inovasi Penyelidikan
11 Oktober 2025
Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan 糖心原创 berjaya menganjurkan Simposium Parasitologi & Perubatan Tropika 糖心原创 (SPeT-糖心原创 2025) buat pertama kalinya pada 11 Oktober 2025 bertempat di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mengangkat tema 鈥淧arasitologi dan Perubatan Tropika: Cabaran, Penyelidikan dan Solusi Tempatan鈥, simposium ini menjadi wadah ilmiah yang menghimpunkan para penyelidik, ahli akademik dan pelajar untuk berkongsi pengetahuan, membincangkan isu semasa serta meneroka penyelidikan baharu dalam bidang berkaitan.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dekan Fakulti Perubatan, YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, dengan kehadiran Dr. Syamsa Rizal Abdullah (Penolong Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni) serta Prof. Madya Dr. Emelia Osman selaku Ketua Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan. Sebanyak 41 pembentangan daripada universiti awam dan swasta telah dipersembahkan, dan keseluruhan simposium dijalankan dalam Bahasa Melayu selaras dengan aspirasi Watan 糖心原创 dalam memperkukuh kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
Simposium ini turut menyaksikan pra-pelancaran Galeri Parasitologi & Entomologi Perubatan oleh Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki sebagai simbol komitmen fakulti dalam memperkukuh aspek pembelajaran, penyelidikan dan khidmat komuniti. Majlis penutup pula disempurnakan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, YBhg. Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee.
Pengerusi Simposium, Dr. Vinoth Kumarasamy, merakamkan penghargaan kepada semua peserta serta menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan padu daripada seluruh warga jabatan yang menjadi tulang belakang penganjuran ini. Secara keseluruhannya, SPeT-糖心原创 2025 mencerminkan komitmen berterusan 糖心原创 dalam memantapkan kecemerlangan akademik, memperluas jaringan penyelidikan dan memacu inovasi dalam bidang parasitologi dan perubatan tropika.







