  {"id":9253,"date":"2025-12-08T16:23:02","date_gmt":"2025-12-08T08:23:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/?post_type=article&#038;p=9253"},"modified":"2025-12-10T15:48:51","modified_gmt":"2025-12-10T07:48:51","slug":"hubungan-dinamik-antara-kompleksiti-eksport-dengan-ketidaksamaan-pendapatan-dalam-perdagangan-intra-apec","status":"publish","type":"article","link":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/article\/hubungan-dinamik-antara-kompleksiti-eksport-dengan-ketidaksamaan-pendapatan-dalam-perdagangan-intra-apec\/","title":{"rendered":"Hubungan Dinamik antara Kompleksiti Eksport dengan Ketidaksamaan Pendapatan dalam Perdagangan Intra-APEC"},"content":{"rendered":"<p><em>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kompleksiti eksport dengan ketidaksamaan pendapatan berdasarkan destinasi perdagangan intra-APEC bagi 18 buah negara anggota Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) terpilih dengan menggunakan data terkini dari tahun 1996 hingga 2023. \u00a0Kajian ini menggunakan kaedah penganggaran data panel dinamik Sistem Kaedah Momen Teritlak (System Generalised Method of Moments) bagi menangani isu endogeniti dan kesan dinamik. Analisis mendapati bahawa arah aliran Indeks Kompleksiti Eksport berasaskan destinasi yang dibina, khusus kepada destinasi intra-APEC berbeza dengan Indeks Kompleksiti Ekonomi global yang sedia ada. Keputusan penganggar Sistem-GMM selari dengan dapatan terdahulu, iaitu kompleksiti eksport bagi perdagangan intra-APEC mempunyai hubungan yang signifikan dengan ketidaksamaan pendapatan bagi negara APEC terpilih. Keputusan ini turut mengenal pasti potensi kewujudan hubungan bukan linear antara Indeks Kompleksiti Eksport berasaskan destinasi dengan ketidaksamaan pendapatan yang menyokong hipotesis Kuznets. Kajian ini membina Indeks Kompleksiti Eksport berasaskan destinasi perdagangan intra-APEC bagi setiap negara anggota APEC dengan menggunakan data terperinci eksport dua hala dalam kalangan negara anggota APEC. Kajian ini turut menyediakan bukti empirikal hubungan dinamik antara Indeks Kompleksiti Eksport perdagangan intra-APEC dengan ukuran ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan negara anggota APEC. Keputusan kajian ini mencadangkan kepentingan untuk memperkukuh dasar agihan seiring dengan dasar perdagangan serantau bagi memastikan manfaat peningkatan kompleksiti perdagangan intra-APEC dapat dinikmati secara saksama oleh setiap golongan penduduk. <\/em><\/p>\n","protected":false},"template":"","tags":[1772,1998,1997,1996,1999],"jel-code":[],"article-type":[1329],"class_list":["entry","author-asriwn","post-9253","article","type-article","status-publish","tag-apec","tag-dinamik","tag-indeks-gini","tag-kompleksiti-eksport","tag-sistem-gmm","article-type-normal-article"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article\/9253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/types\/article"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article\/9253\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9265,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article\/9253\/revisions\/9265"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9253"},{"taxonomy":"jel-code","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/jel-code?post=9253"},{"taxonomy":"article-type","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ukm.my\/jem\/wp-json\/wp\/v2\/article-type?post=9253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}