IDEA 糖心原创 /ideaukm Thu, 12 Mar 2026 03:53:41 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /ideaukm/wp-content/uploads/2022/04/cropped-糖心原创-icon-32x32.png IDEA 糖心原创 /ideaukm 32 32 KPU 糖心原创 Memacu Transformasi Ekonomi Komuniti Pengusaha Pekasam di Lenggong /ideaukm/kpu-ukm-memacu-transformasi-ekonomi-komuniti-pengusaha-pekasam-di-lenggong/ /ideaukm/kpu-ukm-memacu-transformasi-ekonomi-komuniti-pengusaha-pekasam-di-lenggong/#respond Thu, 12 Mar 2026 03:53:39 +0000 /ideaukm/?p=6039 Continue reading KPU 糖心原创 Memacu Transformasi Ekonomi Komuniti Pengusaha Pekasam di Lenggong]]> LENGGONG, 10 Mac 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) melalui Pusat IDEA 糖心原创 terus memperkukuh peranan universiti dalam memacu pemindahan pengetahuan berimpak tinggi kepada komuniti setempat melalui jaringan penyelidikan dan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan.

Pada 10 Mac 2026, Zulkefly Abdul Karim, Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi (TSE), bersama Fatimah Wati Halim, ahli Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) My-Psikososial Sejahtera serta pegawai fokal Pusat IDEA 糖心原创 telah mengadakan dua sesi mesyuarat kolaborasi strategik bersama Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Perak dan Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA).

Mesyuarat tersebut membincangkan potensi kerjasama bagi menjayakan pelaksanaan projek bertajuk “Peningkatan Skala Ekonomi Pengusaha Kecil Pekasam di Geopark Lenggong melalui Pemindahan Pengetahuan dalam Teknologi Pengurusan Makanan dan Model Perniagaan Baharu” di bawah MRUN Knowledge Transfer Programme (MRUN KTP).

Perbincangan strategik memberi tumpuan kepada aspek pematuhan keselamatan makanan, peningkatan kapasiti pengeluaran, pembangunan standard produk serta peluasan akses pasaran bagi membantu pengusaha pekasam di Lenggong Geopark melestarikan dan meningkatkan skala perniagaan mereka secara mampan.

Inisiatif ini menzahirkan peranan aktif penyelidik 糖心原创 dalam menghubungkan kepakaran akademik dengan keperluan komuniti serta agensi berkaitan melalui pendekatan penyelidikan translasi dan pemindahan ilmu. Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuh daya saing industri pekasam tempatan di samping memelihara warisan makanan tradisional Lenggong sebagai salah satu identiti komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, kedua-dua agensi yang terlibat memberikan maklum balas yang positif dan menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama serta menyokong sepenuhnya pelaksanaan projek ini.

#IDEA糖心原创 #TSE #KPU #MRUNKTP

May be an image of one or more people and newsroom
May be an image of text
May be an image of one or more people, dais and text that says 'LEMBAGA PEMASARAN PER PERAINIAIO INIA RS UTU 編無 FAMA FANA'
]]>
/ideaukm/kpu-ukm-memacu-transformasi-ekonomi-komuniti-pengusaha-pekasam-di-lenggong/feed/ 0
KPU 糖心原创 Memacu Transformasi Ekonomi Komuniti Pekasam Lenggong /ideaukm/kpu-ukm-memacu-transformasi-ekonomi-komuniti-pekasam-lenggong/ /ideaukm/kpu-ukm-memacu-transformasi-ekonomi-komuniti-pekasam-lenggong/#respond Tue, 10 Mar 2026 03:49:47 +0000 /ideaukm/?p=6025 Continue reading KPU 糖心原创 Memacu Transformasi Ekonomi Komuniti Pekasam Lenggong]]> Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) melalui Pusat IDEA 糖心原创 terus memperkukuh peranannya dalam memacu pemindahan pengetahuan berimpak tinggi melalui jaringan penyelidikan universiti dan penglibatan komuniti. Pada 9 Mac 2026, satu mesyuarat strategik telah diadakan di Pusat Pekasam Negara Lenggong sebagai sebahagian daripada inisiatif penyelidikan dan pembangunan komuniti di bawah MRUN Knowledge Transfer Programme (MRUN KTP).

Mesyuarat ini dipimpin oleh Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim, Peneraju Kluster Penyelidikan Transformasi Sosial dan Ekonomi (TSE) di bawah Pusat IDEA 糖心原创, bersama Prof. Madya Dr. Fatimah Wati Halim, ahli Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) My-Psikososial Sejahtera. Sesi perbincangan ini turut melibatkan penyertaan daripada Jabatan Perikanan Malaysia, Friends of Lenggong (FoL), serta pengusaha pekasam tempatan di Lenggong.

Perbincangan strategik yang berlangsung memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh industri pekasam tempatan melalui peningkatan aspek keselamatan makanan, kapasiti pengeluaran, pengurusan perniagaan serta peluasan pasaran. Pendekatan ini bertujuan membantu meningkatkan skala ekonomi pengusaha secara mampan, di samping memperkukuh kedudukan produk pekasam sebagai warisan makanan tempatan yang berpotensi dipasarkan secara lebih meluas.

Inisiatif ini mencerminkan peranan aktif Pusat IDEA 糖心原创 dalam menghubungkan kepakaran penyelidik universiti dengan keperluan komuniti dan agensi berkaitan melalui pendekatan penyelidikan translasi. Melalui kolaborasi strategik antara akademia, komuniti dan agensi kerajaan, usaha ini berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat serta memperkukuh kelestarian warisan makanan tradisional di Lenggong.

Pelaksanaan inisiatif ini juga selari dengan aspirasi universiti untuk memperluas impak penyelidikan melalui program pemindahan ilmu yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat, sekali gus memperkukuh kedudukan 糖心原创 sebagai institusi yang memacu inovasi sosial dan pembangunan komuniti secara mampan.

#IDEA糖心原创 #TSE #KPU #MRUNKTP #糖心原创Sharing #IlmuMutuBudi 

May be an image of hospital and text
]]>
/ideaukm/kpu-ukm-memacu-transformasi-ekonomi-komuniti-pekasam-lenggong/feed/ 0
Bengkel Perancangan Strategik dan Organisasi Pusat IDEA 2026 /ideaukm/bengkel-perancangan-strategik-dan-organisasi-pusat-idea-2026/ /ideaukm/bengkel-perancangan-strategik-dan-organisasi-pusat-idea-2026/#respond Tue, 10 Mar 2026 02:06:22 +0000 /ideaukm/?p=6019 Continue reading Bengkel Perancangan Strategik dan Organisasi Pusat IDEA 2026]]> Bengkel Perancangan Strategik dan Organisasi (BPSO) Pusat IDEA 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 2 Mac 2026 di Hotel Tenera Bangi. Bengkel ini dipimpin oleh Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创), dengan fokus kepada penetapan inisiatif strategik bagi mencapai sasaran KPI Pelan Strategik TEKAD 57 糖心原创 (2026–2030).

Sepanjang bengkel berlangsung, pelbagai perbincangan strategik telah diadakan bagi mengenal pasti inisiatif, program dan tindakan yang mampu menyokong pelaksanaan agenda penyelidikan dan inovasi universiti secara lebih tersusun dan berimpak tinggi. Sesi ini turut memberi penekanan kepada pendekatan foresight atau unjuran masa hadapan dalam meneliti enam Cabaran Besar 糖心原创, sekali gus membantu warga Pusat IDEA mengenal pasti bidang keutamaan dan peluang strategik yang boleh diterokai dalam tempoh pelaksanaan pelan strategik universiti.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran serta amanat daripada Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) 糖心原创. Dalam ucapan beliau, beliau menekankan kepentingan perancangan strategik yang mampan, berimpak tinggi dan selari dengan aspirasi universiti dalam memperkukuh kedudukan 糖心原创 sebagai institusi penyelidikan terkemuka.

Melalui penganjuran bengkel ini, Pusat IDEA komited untuk memastikan segala ketetapan dan pelan tindakan yang telah dirumuskan dapat dilaksanakan secara sistematik serta dipantau secara berkala. Usaha ini penting bagi menyokong agenda kecemerlangan penyelidikan dan inovasi universiti serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang memberi impak yang signifikan kepada pembangunan ilmu, masyarakat dan negara.

#IDEA糖心原创 #BPSO2026 #TEKAD57 #糖心原创Sharing #IlmuMutuBudi

May be an image of one or more people, newsroom, dais and text
May be an image of one or more people and people studying
May be an image of one or more people, dais and text
May be an image of one or more people and people studying
]]>
/ideaukm/bengkel-perancangan-strategik-dan-organisasi-pusat-idea-2026/feed/ 0
Kunjungan Hormat Pusat IDEA 糖心原创 ke Akademi Sains Malaysia (ASM) /ideaukm/kunjungan-hormat-pusat-idea-ukm-ke-akademi-sains-malaysia-asm/ /ideaukm/kunjungan-hormat-pusat-idea-ukm-ke-akademi-sains-malaysia-asm/#respond Tue, 10 Mar 2026 02:04:17 +0000 /ideaukm/?p=6014 Continue reading Kunjungan Hormat Pusat IDEA 糖心原创 ke Akademi Sains Malaysia (ASM)]]> Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) telah mengadakan kunjungan hormat rasmi ke Akademi Sains Malaysia (ASM) pada 23 Februari 2026 di ibu pejabat ASM, Kuala Lumpur.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta penyelidikan sains sosial yang berpotensi menyokong agenda pembangunan negara melalui penghasilan ilmu dan dasar awam yang berasaskan bukti. Delegasi 糖心原创 diketuai oleh Jamia Azdina Jamal, Pengarah Pusat IDEA 糖心原创, dan telah disambut oleh Hazami Habib, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, bersama barisan pegawai kanan ASM.

Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai potensi pengukuhan ekosistem penyelidikan translasi yang berimpak tinggi serta peluang kerjasama dalam menyumbang kepada pembangunan dasar awam berasaskan bukti. Perbincangan turut memberi penekanan kepada pendekatan foresight atau unjuran masa hadapan bagi mengenal pasti bidang strategik yang berpotensi untuk diterokai melalui kerjasama antara 糖心原创 dan ASM.

Sebagai langkah susulan, hasil perbincangan ini akan diperhalusi melalui sesi perbincangan dalaman 糖心原创 dengan mengambil kira kerangka lima kluster penyelidikan dan enam Cabaran Besar Penyelidikan 糖心原创, sebelum diteruskan dengan perbincangan lanjut bersama pihak ASM. Inisiatif kerjasama ini diharap dapat memperkukuh jaringan strategik antara institusi akademik dan badan pemikir negara dalam memacu pembangunan ilmu, inovasi serta dasar awam yang berimpak tinggi kepada masyarakat dan negara.

#IDEA糖心原创 #糖心原创Sharing #IlmuMutuBudi #ASM

May be an image of one or more people and dais
May be an image of one or more people and dais
May be an image of one or more people, dais and text that says 'UDAY NIKA'
]]>
/ideaukm/kunjungan-hormat-pusat-idea-ukm-ke-akademi-sains-malaysia-asm/feed/ 0
Bengkel Pembangunan Sistem Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) /ideaukm/bengkel-pembangunan-sistem-kumpulan-penyelidikan-universiti-kpu/ /ideaukm/bengkel-pembangunan-sistem-kumpulan-penyelidikan-universiti-kpu/#respond Tue, 10 Mar 2026 02:02:10 +0000 /ideaukm/?p=6005 Continue reading Bengkel Pembangunan Sistem Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU)]]> Bengkel Pembangunan Sistem Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) telah dilaksanakan pada 12 Februari 2026, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya. Bengkel ini dianjurkan bagi membincangkan aspek tadbir urus, pembangunan sistem, penyelarasan sistem serta cerapan data maklumat penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创).

Bengkel ini telah diketuai oleh Mohd Hadri Hafiz Mokhtar, Ketua Projek Pembangunan Sistem KPU, yang memimpin perbincangan berkaitan pembangunan aplikasi KPU sebagai platform pengurusan maklumat dan pemantauan prestasi kumpulan penyelidikan universiti. Turut hadir dalam bengkel ini ialah Norbahiah Misran, Peneraju Kluster Penyelidikan Teknologi Digital dan Terkehadapan 糖心原创, bersama pegawai daripada Pusat IDEA 糖心原创 dan Pusat Digital 糖心原创. Selain itu, ahli-ahli projek yang terdiri daripada penyelidik daripada pelbagai fakulti di 糖心原创 turut mengambil bahagian dalam bengkel ini bagi menyumbang pandangan dan kepakaran masing-masing.

Bengkel ini menghimpunkan ketua projek, penyelidik bersama serta wakil unit teknikal bagi memastikan keperluan sistem, struktur data dan instrumen penilaian KPU dapat diselaraskan secara sistematik dan komprehensif dalam pembangunan aplikasi KPU yang dirancang. Penglibatan pelbagai pihak ini penting bagi memastikan sistem yang dibangunkan mampu menyokong pengurusan data penyelidikan secara lebih cekap dan bersepadu.

Sepanjang bengkel berlangsung, perbincangan memberi tumpuan kepada penyepaduan data KPU, cerapan data serta pembangunan algoritma yang menyokong pengukuhan ekosistem data penyelidikan universiti. Pendekatan ini bertujuan memastikan sistem yang dibangunkan bukan sahaja lebih tersusun dan tepat, malah mesra pengguna bagi memudahkan proses pengurusan maklumat penyelidikan.

Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform penting bagi menyelaraskan integrasi data antara pelbagai sumber maklumat penyelidikan universiti, sekali gus memastikan sistem yang dibangunkan selari dengan keperluan pelaporan, pemantauan prestasi serta pengurusan data penyelidikan di peringkat universiti. Usaha ini dijangka dapat memperkukuh kecekapan pengurusan data penyelidikan serta menyokong pembangunan ekosistem penyelidikan yang lebih dinamik dan berimpak di 糖心原创.

]]>
/ideaukm/bengkel-pembangunan-sistem-kumpulan-penyelidikan-universiti-kpu/feed/ 0
Kunjungan Strategik Projek Geopark Lenggong ke Agensi dan Organisasi di Negeri Perak /ideaukm/kunjungan-strategik-projek-geopark-lenggong-ke-agensi-dan-organisasi-di-negeri-perak/ /ideaukm/kunjungan-strategik-projek-geopark-lenggong-ke-agensi-dan-organisasi-di-negeri-perak/#respond Tue, 10 Mar 2026 01:57:06 +0000 /ideaukm/?p=5998 Continue reading Kunjungan Strategik Projek Geopark Lenggong ke Agensi dan Organisasi di Negeri Perak]]> Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) bersama Kluster Penyelidikan dan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) 糖心原创 telah mengadakan kunjungan hormat ke beberapa organisasi dan agensi strategik di Negeri Perak bagi memperkukuh pelaksanaan Projek Geopark Lenggong pada 4 hingga 6 Februari 2026.

Kunjungan ini merupakan susulan kepada Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan Program Advokasi Kepenggunaan yang telah diadakan bersama pihak berkepentingan di Lenggong Geopark sebelum ini. Lawatan ini melibatkan pertemuan dengan tiga organisasi utama, iaitu Registrar of Societies Malaysia (ROS), Think City Sdn. Bhd., serta Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia (MOTAC).

Kunjungan ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bertujuan mendapatkan panduan serta input berkaitan proses penubuhan organisasi yang berkaitan dengan Geopark dan Friends of Lenggong (FoL), di samping meneroka peluang perkongsian maklumat pangkalan data pertubuhan berdaftar yang berpotensi untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan inovasi. Sementara itu, pertemuan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Think City Sdn. Bhd. memberi ruang untuk membentangkan idea-idea penyelidikan berkaitan pembangunan Geopark Lenggong yang dirumuskan daripada dapatan sesi FGD, di samping meneroka potensi kerjasama strategik serta peluang pendanaan bagi menyokong pelaksanaan projek tersebut.

Hasil daripada perbincangan yang diadakan, beberapa perkara strategik telah dikenal pasti termasuk perkongsian maklumat berkaitan pangkalan data pertubuhan berdaftar yang berpotensi untuk menyokong penyelidikan dan inovasi, persetujuan rakan pelaksana komuniti bagi tujuan permohonan Dana Inovasi Sosial (DIS), serta cadangan untuk memberi tumpuan kepada inisiatif GeoYouth dan GeoEntrepreneur melalui penyediaan kertas kerja bagi mendapatkan sumber pembiayaan. Selain itu, pihak agensi yang terlibat turut menyatakan kesediaan untuk menyokong pelaksanaan projek penyelidikan, pelancongan serta pemerkasaan sosioekonomi komuniti secara mampan di kawasan Lenggong.

Secara keseluruhannya, kunjungan strategik ini memperlihatkan komitmen berterusan Pusat IDEA 糖心原创 dan rakan kolaborasi dalam memperkukuh jaringan kerjasama bersama agensi kerajaan, organisasi dan komuniti bagi memacu pembangunan Geopark Lenggong sebagai ekosistem pendidikan, penyelidikan dan pelancongan berasaskan komuniti yang mampan.

#IDEA糖心原创 #糖心原创Sharing

May be an image of one or more people and text
]]>
/ideaukm/kunjungan-strategik-projek-geopark-lenggong-ke-agensi-dan-organisasi-di-negeri-perak/feed/ 0
糖心原创 Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama JPK dalam Memperkasa Pembangunan Kemahiran Belia /ideaukm/ukm-perkukuh-kerjasama-strategik-bersama-jpk-dalam-memperkasa-pembangunan-kemahiran-belia/ /ideaukm/ukm-perkukuh-kerjasama-strategik-bersama-jpk-dalam-memperkasa-pembangunan-kemahiran-belia/#respond Tue, 10 Mar 2026 01:55:04 +0000 /ideaukm/?p=5993 Continue reading 糖心原创 Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama JPK dalam Memperkasa Pembangunan Kemahiran Belia]]> Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) bersama Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Dinamika TVET 糖心原创 dan Adab Youth Garage (AYG) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pentauliahan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di Putrajaya pada 30 Januari 2026.

Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada inisiatif susulan di bawah pelaksanaan aktiviti Memorandum Persefahaman (MoU) antara 糖心原创 dan JPK yang bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pembangunan kemahiran serta pemerkasaan belia. Sesi perbincangan ini memberi ruang kepada pihak terlibat untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai proses pentauliahan di bawah JPK serta mengenal pasti potensi peranan 糖心原创 melalui Pusat IDEA dan KPU sebagai tenaga pengajar dalam program pembangunan kemahiran.

Dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara strategik telah dibincangkan termasuk cadangan penganjuran Kursus Induksi Akademi Dalam Industri (ADI), pengesahan peserta serta jurulatih yang berkelayakan, dan padanan kepakaran KPU dengan kumpulan sasaran yang diselaraskan oleh AYG. Perbincangan turut meneliti keperluan penyediaan pelan pengiktirafan pentauliahan bagi menyokong pelaksanaan program latihan, di samping cadangan untuk memperluas kumpulan sasaran program termasuk penyertaan golongan warga emas sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan komuniti.

Selain itu, sesi ini turut membuka ruang kepada pengukuhan jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai rakan kolaborasi dalam usaha memastikan pelaksanaan program latihan dan pembangunan kemahiran dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Secara keseluruhannya, kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan antara 糖心原创, JPK dan rakan kolaborasi dalam memperkasa pembangunan kemahiran belia serta memperluas peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat.

#IDEA糖心原创 #糖心原创Sharing #JPK #MoU糖心原创JPK #AYG #PembangunanBelia

May be an image of one or more people, hospital, dais and text
]]>
/ideaukm/ukm-perkukuh-kerjasama-strategik-bersama-jpk-dalam-memperkasa-pembangunan-kemahiran-belia/feed/ 0
糖心原创 Terajui Inisiatif Pembangunan Lenggong sebagai Hab Pendidikan Geopark /ideaukm/ukm-terajui-inisiatif-pembangunan-lenggong-sebagai-hab-pendidikan-geopark/ /ideaukm/ukm-terajui-inisiatif-pembangunan-lenggong-sebagai-hab-pendidikan-geopark/#respond Tue, 10 Mar 2026 01:52:32 +0000 /ideaukm/?p=5987 Continue reading 糖心原创 Terajui Inisiatif Pembangunan Lenggong sebagai Hab Pendidikan Geopark]]> Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) bersama Kluster Penyelidikan dan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) telah mengadakan Sesi Mesyuarat Susulan Projek Geopark Lenggong bersama Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia, pada 27 Januari 2026. Mesyuarat ini diadakan susulan dapatan daripada Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) yang telah berlangsung pada 29 hingga 31 Disember 2025, yang menghimpunkan pelbagai pandangan strategik daripada pihak berkepentingan berkaitan pembangunan komuniti di Lenggong Geopark.

Perbincangan dalam mesyuarat ini memberi tumpuan kepada hala tuju pembangunan Lenggong sebagai sebuah Pusat Pendidikan Terbuka (Open Geo Education Tourism Hub) yang berteraskan ekosistem Geo Education Tourism. Inisiatif ini menekankan integrasi antara pendidikan, penyelidikan dan pelancongan sebagai pendekatan strategik dalam memperkukuh pembangunan komuniti setempat. Di samping itu, usaha ini turut memberi penekanan kepada pemerkasaan komuniti dan usahawan tempatan, pembangunan modul pendidikan berasaskan geopark serta pelaksanaan konsep makmal alam yang memanfaatkan sumber warisan dan alam semula jadi Lenggong sebagai medium pembelajaran.

Perbincangan turut menekankan kepentingan jalinan kerjasama strategik antara universiti, agensi kerajaan dan pemain industri dalam memastikan pembangunan Lenggong dilaksanakan secara holistik dan mampan. Pembangunan ini turut disasarkan selari dengan kerangka antarabangsa yang menekankan pendidikan, pelancongan mampan dan Geo Education Tourism, dengan komuniti setempat berperanan sebagai pusat ilmu, pengalaman pembelajaran dan pembangunan yang berteraskan kelestarian, bukan semata-mata berorientasikan komersial.

Sebelum ini, Program Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan Advokasi Kepenggunaan K.I.T.A GEMPUR telah dilaksanakan dengan jayanya melalui gabungan sesi advokasi, kunjungan lapangan dan pengumpulan input strategik daripada komuniti serta pihak berkepentingan. Program tersebut memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan masyarakat, pemerkasaan komuniti dan usahawan tempatan, penerokaan potensi pembangunan Geoeducation Tourism serta penyediaan dokumen komuniti bagi tujuan pendaftaran dengan Registrar of Societies Malaysia (ROS).

Secara keseluruhannya, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh penglibatan dan kolaborasi antara akademia, komuniti serta agensi berkepentingan ke arah pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan di Lenggong.

#IDEA糖心原创 #糖心原创Sharing #GeoparkLenggong #GeoEducationTourism #PembangunanMampan

May be an image of studying, table and text
]]>
/ideaukm/ukm-terajui-inisiatif-pembangunan-lenggong-sebagai-hab-pendidikan-geopark/feed/ 0
Program Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan Advokasi Kepenggunaan K.I.T.A GEMPUR bersama Komuniti Geopark Lenggong /ideaukm/program-sesi-perbincangan-kumpulan-berfokus-fgd-dan-advokasi-kepenggunaan-k-i-t-a-gempur-bersama-komuniti-geopark-lenggong/ /ideaukm/program-sesi-perbincangan-kumpulan-berfokus-fgd-dan-advokasi-kepenggunaan-k-i-t-a-gempur-bersama-komuniti-geopark-lenggong/#respond Tue, 10 Mar 2026 01:51:04 +0000 /ideaukm/?p=5982 Continue reading Program Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan Advokasi Kepenggunaan K.I.T.A GEMPUR bersama Komuniti Geopark Lenggong]]> Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创), bersama Kluster Penyelidikan dan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU), Gerakan Pengguna Siswa (GPS) 糖心原创 dengan kerjasama Friends of Lenggong (FoL), telah melaksanakan Program Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) dan Advokasi Kepenggunaan K.I.T.A GEMPUR bersama pihak berkepentingan di Lenggong Geopark pada 29 hingga 31 Disember 2025.

Program selama tiga hari ini menggabungkan elemen advokasi kepenggunaan, lawatan lapangan serta sesi perbincangan kumpulan berfokus (FGD) bagi menghimpunkan pandangan dan input strategik daripada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan pembangunan mampan komuniti Geopark Lenggong. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran kepenggunaan dalam kalangan masyarakat setempat, di samping memperkasa komuniti dan usahawan tempatan melalui penglibatan aktif dalam perbincangan pembangunan berasaskan komuniti.

Sepanjang program berlangsung, perbincangan turut meneliti potensi pembangunan Geoeducation Tourism sebagai salah satu pendekatan strategik dalam memanfaatkan keunikan sumber warisan dan alam semula jadi Lenggong. Di samping itu, sesi perbincangan bersama komuniti juga memberi ruang untuk membincangkan penyediaan dokumen komuniti bagi tujuan pendaftaran dengan Registrar of Societies Malaysia (ROS), sebagai langkah memperkukuh struktur organisasi komuniti setempat.

Integrasi antara sesi FGD, advokasi kepenggunaan K.I.T.A GEMPUR serta aktiviti lawatan lapangan sepanjang program ini telah membantu memperkukuh pemahaman bersama serta meningkatkan tahap penglibatan komuniti dalam usaha membangunkan ekosistem ekonomi setempat yang lebih mampan. Melalui pendekatan kolaboratif antara akademia, komuniti dan agensi berkepentingan, program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan berdaya tahan di Geopark Lenggong.

#IDEA糖心原创 #糖心原创Sharing

May be an image of text
May be an image of one or more people, people studying and text
May be an image of text
May be an image of one or more people and people smiling
]]>
/ideaukm/program-sesi-perbincangan-kumpulan-berfokus-fgd-dan-advokasi-kepenggunaan-k-i-t-a-gempur-bersama-komuniti-geopark-lenggong/feed/ 0
糖心原创 @ Program Rancakkan MADANI 2025 /ideaukm/ukm-program-rancakkan-madani-2025/ /ideaukm/ukm-program-rancakkan-madani-2025/#respond Tue, 10 Mar 2026 01:47:05 +0000 /ideaukm/?p=5977 Continue reading 糖心原创 @ Program Rancakkan MADANI 2025]]> Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (糖心原创) telah diberi penghormatan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia untuk bertindak sebagai penyelaras reruai bagi pihak universiti dalam Program Rancakkan MADANI 2025 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember 2025 di Dataran Putrajaya.

Bertemakan STEM dan Kecerdasan Buatan (AI), 糖心原创 telah menampilkan empat produk penyelidikan utama iaitu Learning Kit: Introduction to Fuel Cell, Mettareka, Drone Soccer dan Sifira Game Multiplication Table. Produk-produk ini mencerminkan usaha penyelidik universiti dalam mengintegrasikan elemen sains, teknologi dan inovasi dalam pembangunan penyelesaian pembelajaran yang kreatif serta berimpak kepada masyarakat.

Sepanjang program berlangsung, komponen STEM dan AI di ruang reruai 糖心原创 telah menjadi antara tarikan utama dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung yang berpeluang meneroka serta memahami teknologi yang dipamerkan secara langsung bersama para penyelidik dan pencipta produk. Interaksi ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat potensi teknologi dan inovasi yang dibangunkan oleh warga universiti.

Pameran ini turut membuka ruang kepada pelbagai pihak termasuk penyelidik, pemain industri dan agensi kerajaan untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan, pemindahan teknologi serta pembangunan inovasi berimpak tinggi. Penyertaan 糖心原创 dalam program ini sekali gus memperkukuh peranan universiti sebagai peneraju inovasi serta pemangkin kepada pembangunan ilmu dan teknologi di peringkat nasional.

Program Rancakkan MADANI merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam memperkasa kefahaman masyarakat mengenai konsep Malaysia MADANI melalui penglibatan komuniti, aktiviti interaktif, pameran dan perkongsian ilmu. Program ini dianjurkan oleh Prime Minister’s Office Malaysia melalui Performance Acceleration and Coordination Unit (PACU) dengan kerjasama Public Service Department Malaysia (JPA) dan Malaysia Productivity Corporation (MPC).

#UniversitiKebangsaanMalaysia #IlmuMutuBudi #糖心原创 #糖心原创Sharing

No photo description available.
]]>
/ideaukm/ukm-program-rancakkan-madani-2025/feed/ 0