18th April 2026 – SDG FUN WALK SEMPENA ENTREPRENOW FIESTA: KARNIVAL KEUSAHAWANAN FST 2026

JOM SERTAI SDG FUN WALK SEMPENA ENTREPRENOW FIESTA: KARNIVAL KEUSAHAWANAN FST 2026
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Eksekutif Keusahawanan dan Inovasi Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) Sesi 2025/2026 akan menganjurkan SDG Fun Walk bersempena program Entreprenow Fiesta: Karnival Keusahawanan Fakulti Sains dan Teknologi Sesi 2025/2026.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam kalangan masyarakat di samping memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah yang inklusif dan menyeronokkan.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
Masa: 7.00 AM – 11.00 AM (Pelepasan: 8.00 AM)
Tempat: Dataran Panggung Seni, ÌÇÐÄÔ­´´ Bangi
Jarak: 3 KM (Dataran Panggung Seni – FSSK – FEP – FST – Pusanika)
Terbuka kepada: Seluruh orang awam, pelajar IPT dan sekolah
Yuran Penyertaan:
RM 40 sahaja
RM 35 (early bird) untuk 50 peserta terawal
Setiap peserta akan menerima:
Medal eksklusif SDG Fun Walk
Baju rasmi SDG Fun Walk
E-sijil + Merit iSTAR
Roti & air mineral
Berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah
PENDAFTARAN KINI DIBUKA!
Daftar melalui Ticket2U:
Tarikh tutup pendaftaran:
29 Mac 2026, 12.00 AM
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Aida: 019-7270832
Adrian: 010-3039971
Sekian, terima kasih.
Leave No One Behind
FST Menyerlah
FST To the Fore