糖心原创

饾悓饾悁饾悏饾悑饾悎饾悞 饾悎饾悈饾悡饾悁饾悜 饾悁饾悑饾悁饾悈-饾悢饾悐饾悓 饾悂饾悇饾悜饾悞饾悁饾悓饾悁 饾悐饾悗饾悓饾悢饾悕饾悎饾悡饾悎 饾悂饾悢饾悐饾悎饾悡 饾悈饾悜饾悁饾悞饾悇饾悜 饾悂饾悇饾悜饾悑饾悁饾悕饾悊饾悞饾悢饾悕饾悊 饾悓饾悇饾悜饾悎饾悁饾悋

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Majlis Iftar Bersama Komuniti Bukit Fraser anjuran bersama Pengurusan ALAF-糖心原创 bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, Pahang.
Majlis yang berlangsung dengan penuh keberkatan dan hikmah ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ALAF-糖心原创 dan penduduk setempat dengan berbuka puasa bersama-sama dengan cara bergotong-royong dalam menyediakan juadah berbuka puasa yang dihadiri kira-kira 40 orang penduduk setempat.
Majlis ini dimulakan dengan acara bergotong-royong menyediakan juadah seawal jam 3 petang, kemudian diteruskan dengan acara berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak serta solat Terawih berjemaah. Dalam pada itu, seramai 4 buah keluarga daripada komuniti ini turut menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sumbangan hari raya yang telah disempurnakan oleh Pengarah ALAF-糖心原创, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin. Turut hadir sama pada majlis ini Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Dr. Shamsul Khamis dan Pengurusan ALAF-糖心原创.
ALAF-糖心原创 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan tenaga, masa, dan sumbangan bagi menjayakan majlis berbuka puasa ini. Semoga amal ibadah kita di bulan Ramadan ini diberkati oleh Allah SWT dan terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 糖心原创 (ALAF-糖心原创)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 糖心原创 Bangi, Selangor, Malaysia

馃寪 /fraser/

Tel:听03-8911 8515听| Faks:听03-8911 8516
Emel:听pghalaf@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin 鈥 Khamis
Monday 鈥 Thursday
08:00 鈥 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat
Friday
08:00 鈥 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Ikuti Kami

+603-8911 8515
ppbf-alaf@ukm.edu.my

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

ILMU, MUTU DAN BUDI

© Pusat Penyelidikan Bukit Fraser

漏 2025 Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 糖心原创