Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan /anatomifper Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 13 Apr 2026 07:15:59 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) /anatomifper/ms/program-citra-kenali-tubuh-anda-histology-hack/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-citra-kenali-tubuh-anda-histology-hack Mon, 13 Apr 2026 04:26:37 +0000 /anatomifper/?p=10249 PROGRAM CITRA KENALI TUBUH ANDA (HISTOLOGY HACK) Makmal Histologi, Fakulti Perubatan telah menjadi lokasi penganjuran Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) yang berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2026. […]

The post Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

PROGRAM CITRA KENALI TUBUH ANDA (HISTOLOGY HACK)

Makmal Histologi, Fakulti Perubatan telah menjadi lokasi penganjuran Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) yang berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2026. Program ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar yang dibimbing oleh pensyarah serta staf dari Jabatan Anatomi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan secara menyeluruh kepada proses penyediaan slaid histologi, bermula daripada peringkat grossing, pemprosesan tisu, sehinggalah kepada pemerhatian slaid menggunakan mikroskop. Pendedahan ini bertujuan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai penghasilan slaid histologi serta kepentingannya dalam bidang perubatan.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan pengetahuan pelajar dalam bidang histologi, di samping memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal yang lebih bermakna.

The post Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Anatomi 2026 /anatomifper/ms/jamuan-hari-raya-aidilfitri-jabatan-anatomi-2026/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jamuan-hari-raya-aidilfitri-jabatan-anatomi-2026 Mon, 06 Apr 2026 08:28:41 +0000 /anatomifper/?p=10204 Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Anatomi 2026 Jabatan Anatomi telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 1 April 2026 dalam suasana yang meriah dan penuh harmoni. Penganjuran majlis ini […]

The post Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Anatomi 2026 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Anatomi 2026

Jabatan Anatomi telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 1 April 2026 dalam suasana yang meriah dan penuh harmoni. Penganjuran majlis ini bertujuan untuk meraikan sambutan Aidilfitri di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan.

Majlis ini telah dihadiri oleh para pensyarah, kakitangan serta pelajar pascasiswazah yang bersama-sama memeriahkan sambutan dalam suasana penuh muhibah. Pelbagai hidangan tradisional Hari Raya Aidilfitri seperti ketupat, lemang, rendang serta aneka kuih-muih telah disediakan untuk dinikmati oleh para tetamu.

Selain itu, majlis ini turut menjadi platform untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga Jabatan Anatomi. Suasana mesra dan santai jelas terpancar sepanjang berlangsungnya majlis ini.

Adalah diharapkan agar penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium untuk mengukuhkan ukhuwah serta keharmonian dalam kalangan warga jabatan.

The post Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Anatomi 2026 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Ucapan Tahniah Penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025 /anatomifper/ms/ucapan-tahniah-penerima-anugerah-kakitangan-mithali-siri-2-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ucapan-tahniah-penerima-anugerah-kakitangan-mithali-siri-2-2025 Wed, 11 Feb 2026 13:44:00 +0000 /anatomifper/?p=10164 Ucapan Tahniah Penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025 Jabatan Anatomi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Februari 2026 […]

The post Ucapan Tahniah Penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

Ucapan Tahniah Penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025

Jabatan Anatomi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Anatomi, Tingkat 18.

Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan komitmen tinggi, prestasi cemerlang serta dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

Kategori Akademik
• Prof. Madya Dr. Elvy Suhana binti Mohd Ramli

Kategori Pelaksana 1
• Puan Natasya Nadia binti Sahruddin

Kategori Pelaksana 2
• Cik Afizah binti Ahmad

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan.

Syabas dan tahniah diucapkan!

The post Ucapan Tahniah Penerima Anugerah Kakitangan Mithali Siri 2/2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Bengkel Intensif Anatomi (AIC) Newton 8.0 /anatomifper/ms/9800-2/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=9800-2 Mon, 22 Dec 2025 08:03:19 +0000 /anatomifper/?p=9800 ANATOMY INTENSIVE COURSE (AIC) NEWTON 8.0 Anatomy Intensive Course (AIC) Newton 8.0 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Disember 2025 bertempat di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ԭ). Program […]

The post Bengkel Intensif Anatomi (AIC) Newton 8.0 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

ANATOMY INTENSIVE COURSE (AIC) NEWTON 8.0

Anatomy Intensive Course (AIC) Newton 8.0 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Disember 2025 bertempat di Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (ԭ).

Program ini melibatkan penyertaan pelajar dari Newton International College dan bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap struktur anatomi manusia melalui pendekatan pembelajaran berasaskan modul yang merangkumi sesi teori dan praktikal, termasuk pendedahan kepada kaedah pengawetan kadaver.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, ԭ, iaitu Dr. Fairus Ahmad. Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen Jabatan Anatomi dalam menyokong aktiviti akademik serta perkongsian kepakaran dalam bidang anatomi dan pendidikan perubatan.

The post Bengkel Intensif Anatomi (AIC) Newton 8.0 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Majlis Perpisahan Puan Afiqah Abdul Razak /anatomifper/ms/majlis-perpisahan-puan-afiqah-abdul-razak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=majlis-perpisahan-puan-afiqah-abdul-razak Wed, 10 Dec 2025 04:36:37 +0000 /anatomifper/?p=9740 MAJLIS PERPISAHAN PUAN AFIQAH ABDUL RAZAK 08 Disember 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Majlis Perpisahan bagi meraikan kenaikan pangkat Puan Afiqah Abdul Razak ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan U6 […]

The post Majlis Perpisahan Puan Afiqah Abdul Razak first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

MAJLIS PERPISAHAN PUAN AFIQAH ABDUL RAZAK

08 Disember 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Majlis Perpisahan bagi meraikan kenaikan pangkat Puan Afiqah Abdul Razak ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan U6 di Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Kuala Lumpur. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Anatomi.

Penganjuran majlis ini merupakan penghargaan atas khidmat bakti, komitmen dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat di jabatan. Warga Jabatan Anatomi turut merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan kejayaan berterusan kepada Puan Afiqah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di jawatan baharunya.

Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan, diikuti sesi bergambar bersama warga jabatan.

The post Majlis Perpisahan Puan Afiqah Abdul Razak first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 /anatomifper/ms/bengkel-pemuliharaan-penyusunan-relik-arkeologi-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bengkel-pemuliharaan-penyusunan-relik-arkeologi-2025 Fri, 05 Dec 2025 10:28:42 +0000 /anatomifper/?p=9710 Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 27 November 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara. Program ini bertujuan […]

The post Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025

27 November 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara. Program ini bertujuan memberi pendedahan mendalam kepada para peserta mengenai teknik pemuliharaan, pembersihan serta kaedah penyusunan relik arkeologi secara sistematik.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta berpeluang mempelajari amalan terbaik dalam menjaga dan memelihara artifak bersejarah, sekaligus menyemai kesedaran terhadap kepentingan memelihara warisan negara.

Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memelihara sejarah, identiti dan khazanah warisan bangsa.

The post Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Program Khidmat Masyarakat : Eksplorasi Rangka Prasejarah dan Tulang Manusia /anatomifper/ms/program-khidmat-masyarakat-eksplorasi-rangka-prasejarah-dan-tulang-manusia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-khidmat-masyarakat-eksplorasi-rangka-prasejarah-dan-tulang-manusia Tue, 11 Nov 2025 06:31:34 +0000 /anatomifper/?p=9681 Program Khidmat Masyarakat : Eksplorasi Rangka Prasejarah dan Tulang Manusia 3 November | Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan ԭ telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat bertemakan “Eksplorasi Rangka Prasejarah dan Tulang Manusia” […]

The post Program Khidmat Masyarakat : Eksplorasi Rangka Prasejarah dan Tulang Manusia first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

Program Khidmat Masyarakat : Eksplorasi Rangka Prasejarah dan Tulang Manusia

3 November | Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan ԭ telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat bertemakan “Eksplorasi Rangka Prasejarah dan Tulang Manusia” sebagai inisiatif untuk memberikan pendedahan awal mengenai ilmu anatomi dan sains bioperubatan kepada para pelajar.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 92 orang pelajar bersama 10 orang pensyarah pengiring dari Kolej PERMATA @ PINTAR Negara. Sepanjang program, peserta telah mengikuti sesi taklimat berkaitan struktur rangka manusia serta peranannya dalam bidang pendidikan dan penyelidikan kesihatan.

Para peserta turut berpeluang menyertai lawatan pembelajaran ke Muzium Anatomi & Patologi serta Dewan Diseksi Jabatan Anatomi, di mana mereka diberikan penerangan mengenai koleksi spesimen anatomi, proses pengajaran, serta aplikasi ilmu anatomi dalam latihan perubatan.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperluaskan pemahaman peserta terhadap bidang anatomi, selain mengukuhkan hubungan kerjasama antara ԭ dan institusi pendidikan luar dalam usaha memperkasa pendidikan STEM dan sains bioperubatan.

The post Program Khidmat Masyarakat : Eksplorasi Rangka Prasejarah dan Tulang Manusia first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Kursus Sanggar Kerja Jabatan Anatomi 2025 Bertemakan “Rise for Excellence” /anatomifper/ms/kursus-sanggar-kerja-jabatan-anatomi-2025-bertemakan-rise-for-excellence/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kursus-sanggar-kerja-jabatan-anatomi-2025-bertemakan-rise-for-excellence Mon, 06 Oct 2025 03:44:42 +0000 /anatomifper/?p=9405 KURSUS SANGGAR KERJA JABATAN ANATOMI 2025 YANG BERTEMAKAN “RISE FOR EXCELLENCE” 26 – 28 September 2025, A’Famosa Resort, Melaka – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan telah menganjurkan Kursus Sanggar Kerja 2025 […]

The post Kursus Sanggar Kerja Jabatan Anatomi 2025 Bertemakan “Rise for Excellence” first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

KURSUS SANGGAR KERJA JABATAN ANATOMI 2025 YANG BERTEMAKAN "RISE FOR EXCELLENCE"

26 – 28 September 2025, A’Famosa Resort, Melaka – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan telah menganjurkan Kursus Sanggar Kerja 2025 dengan tema “Rise for Excellence”. Program selama tiga hari ini bertujuan memperkukuh semangat kerjasama, meningkatkan kecekapan kerja berpasukan serta memperkukuh hubungan silaturahim antara warga jabatan.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang kursus termasuk sesi pembentangan, perbincangan strategi, dan aktiviti luar bagi memupuk semangat kepimpinan dan profesionalisme. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada semua warga Jabatan Anatomi untuk terus cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab akademik dan pentadbiran.

The post Kursus Sanggar Kerja Jabatan Anatomi 2025 Bertemakan “Rise for Excellence” first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025 /anatomifper/ms/tahniah-dr-rasyidah-rehir-penerima-geran-anugerah-merdeka-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tahniah-dr-rasyidah-rehir-penerima-geran-anugerah-merdeka-2025 Fri, 26 Sep 2025 00:09:00 +0000 /anatomifper/?p=9722 Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025 Tahniah diucapkan kepada Dr Rasyidah Rehir atas kejayaan menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa 2025, anugerah berprestij yang dikurniakan oleh […]

The post Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025

Tahniah diucapkan kepada Dr Rasyidah Rehir atas kejayaan menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa 2025, anugerah berprestij yang dikurniakan oleh Merdeka Award Trust.

Pengiktirafan ini menzahirkan usaha dan dedikasi beliau dalam memperkukuh bidang pengawetan mayat serta penyelidikan berkaitan Teknik Thiel. Melalui geran ini, Dr Rasyidah merancang untuk menjalani penempatan di beberapa institusi terkemuka dunia termasuk Universiti Dundee (UK), Universiti Graz (Austria) serta beberapa negara di Asia bagi memperluaskan kepakaran dalam teknik pengawetan moden.

Semoga kejayaan ini terus mengharumkan nama negara dan memberi impak besar kepada pembangunan program anatomi serta latihan perubatan di Malaysia.

Tahniah dan selamat maju jaya, Dr Rasyidah!

The post Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Majlis Lambaian Kasih Puan Maznah Buang & Sanjungan Budi Puan Noor Azlina Zulkefli /anatomifper/ms/majlis-lambaian-kasih-puan-maznah-buang-sanjungan-budi-puan-noor-azlina-zulkefli-di-jabatan-anatomi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=majlis-lambaian-kasih-puan-maznah-buang-sanjungan-budi-puan-noor-azlina-zulkefli-di-jabatan-anatomi Thu, 25 Sep 2025 02:34:23 +0000 /anatomifper/?p=9371 MAJLIS LAMBAIAN KASIH PUAN MAZNAH BUANG & SANJUNGAN BUDI PUAN NOOR AZLINA ZULKFELI 22 September 2025 – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih Puan Maznah Buang dan […]

The post Majlis Lambaian Kasih Puan Maznah Buang & Sanjungan Budi Puan Noor Azlina Zulkefli first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

MAJLIS LAMBAIAN KASIH PUAN MAZNAH BUANG & SANJUNGAN BUDI PUAN NOOR AZLINA ZULKFELI

22 September 2025 – Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih Puan Maznah Buang dan Sanjungan Budi Puan Noor Azlina Zulkefli sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan kedua-dua warga jabatan.

Majlis ini diadakan bagi meraikan persaraan Puan Maznah Buang setelah menabur bakti selama 14 tahun di Jabatan Anatomi. Sepanjang perkhidmatannya, beliau dikenang sebagai seorang yang berdedikasi, berdisiplin, dan sentiasa memberi komitmen tinggi dalam tugas.

Selain itu, majlis turut memberi penghargaan kepada Puan Noor Azlina Zulkefli sempena perpindahan beliau ke jabatan lain. Sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat di Jabatan Anatomi diraikan dengan penuh rasa hormat dan terima kasih.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra itu turut diserikan dengan ucapan penghargaan, penyampaian cenderahati, serta jamuan bersama seluruh warga jabatan.

The post Majlis Lambaian Kasih Puan Maznah Buang & Sanjungan Budi Puan Noor Azlina Zulkefli first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>